Anda di sini

Tiga keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan

Advertisement
MATBALI menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran.
MATBALI menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran.

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Matbali Musah telah mengadakan lawatan dengan menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan harian dan wang tunai kepada tiga keluarga mangsa kebakaran di Kampung Cina Padas Valley, di sini.

Sumbangan itu diterima oleh tiga ketua keluarga, iaitu Muhammat Nuthyah Ramlee, Suridy Tunaidy dan Suratin Fadrojo.

Sebanyak empat rumah jenis tidak kekal musnah terbakar di Padas Valley lewat petang 15 Januari lalu yang melibatkan 15 orang mangsa. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Matbali memberitahu sumbangan disalurkan sebagai meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam musibah itu.

Beliau turut mengingatkan masyarakat di kawasan DUN Lumadan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam penggunaan peralatan elektrik dan ketika memasak bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran.

"Walaupun kebakaran adalah satu malapetaka yang tidak dapat dielak, namun sikap berwaspada dan berhati-hati oleh setiap anggota masyarakat boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku," katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Kebajikan Daerah Beaufort serta UPPM Lumadan, pihak Jheains dan pasukan yang prihatin membantu mangsa kebakaran terbabit.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Ketua Bahagian PBS Lumadan Haji Ruslan Muharam (Naib Presiden PBS Pusat).
 

Advertisement