Anda di sini

Penyelamat gerudi terowong untuk mencari kanak-kanak dalam perigi

Advertisement
 Jentera gerudi dilihat menggerudi terowong di mana Julen terjatuh tujuh hari lalu apabila bersiar-siar bersama keluarganya di sebuah hartanah peribadi di Totalan, selatan Sepanyol kelmarin. — Gambar Reuters
TUGAS SUKAR: Jentera gerudi dilihat menggerudi terowong di mana Julen terjatuh tujuh hari lalu apabila bersiar-siar bersama keluarganya di sebuah hartanah peribadi di Totalan, selatan Sepanyol kelmarin. — Gambar Reuters

MADRID: Anggota penyelamat sedang mencari seorang kanak-kanak yang terperangkap selama seminggu di dalam sebuah perigi di selatan Sepanyol memulakan penggalian sebuah terowong kelmarin, dalam usaha terbaharu untuk mencari budak lelaki itu  sebagai sebahagian dari satui operasi besar-besaran untuk menyelamatkannya.

Julen Rosello, 2, terjatuh ke dalam lubang yang sangat sempit sedalam lebih 100 meter pada Ahad minggu lepas ketika bermain-main semasa kedua ibu bapanya sedang makan tengah hari di pekan Totalan berhampiran Malaga.

Sebuah mesin penggali gergasi telah dipasangkan kelmarin di kawasan dalam satu usaha untuk menghasilkan sebuah terowong sejajar dan penggalian bermula pada waktu tengah hari.

“Kami berharap untuk mencapai ini secepat mungkin dan keadaan itu dari sekarang akan menjadi sedikit sebanyak memberikan hasil,” kata jurutera Angel Garcia Vidal, yang telah mengawasi operasi tersebut.

Tugas itu akan mengambil masa selama kira-kira 15 jam sekiranya keadaan adalah baik, jelas beliau.

Namun peluang untuk menemui budak lelaki itu masih hidup kelihatan tipis.

Rancangan adalah untuk menggali sebuah terowong yang cukup dalam selepas pelombong akan membuat secara manual satu laluan ke arah perigi tersebut.

“Ia adalah sangat mengejutkan untuk melihat begitu banyak mesin, kecanggihan, begitu banyak tenaga, pekerja dan kerja yang dilakukan bagi melaksanakan operasi menyelamat ini,” kata Juanma Moreno, presiden bagi kerajaan Andalusia.

Beliau memuji “satu gelombang besar bagi solidariti, melibatkan bukan sahaja penduduk tempatan namun orang dari semua pelusuk Andalusia dan Sepanyol yang ingin turut terlibat.”

Media Sepanyol, yang telah membuat liputan mengenai operasi menyelamat sepanjang masa, telah melaporkan bahawa ibu bapa Julen telah kehilangan seorang lagi anak berusia tiga tahun pada 2017, yang mempunyai masalah jantung.

Pihak separa tentera Civil Guard telah menyoal siasat kedua-dua ibu bapa dan seorang peniaga yang menggali perigi, menurut jurucakap polis, sambil menambah bahawa ini adalah rutin dalam satu siasatan.

Perigi tidak ditandakan pada masa kemalangan dan pihak berkuasa wilayah di Andalusia menyatakan kelulusan yang diperlukan tidak diperolehi sebelum ia digali. — AFP

Advertisement