Anda di sini

Paip minyak terbakar di tengah Mexico

Advertisement
 Juruteknik forensik menanda mayat di tempat kejadian dalam kawasan perbandaran Tlahuelilpan di negeri Hidalgo, kelmarin. — Gambar Reuters
RENTUNG: Juruteknik forensik menanda mayat di tempat kejadian dalam kawasan perbandaran Tlahuelilpan di negeri Hidalgo, kelmarin. — Gambar Reuters

TLAHUELILPAN: Satu letupan dan kebakaran di tengah Mexico telah mengorbankan sekurang-kurangnya 73 orang selepas beratus-ratus orang berkumpul di sekitar sebatang saluran minyak haram untuk mencuri minyak ketika kerajaan melancarkan tindakan terhadap gejala itu, menurut pihak berkuasa.

Gabenor wilayah Hidalgo Omar Fayad mengumumkan angka kematian telah meningkat kepada 73 selepas penemuan lima lagi mayat.

Letupan  itu yang menurut Fayad telah mencederakan 74 orang, berlaku berhampiran Tlahuelilpan, pekan dengan 20,000 penduduk kita-kira sejam perjalanan di utara Bandar Mexico.

Ketika anggota tentera mengawal kawasan yang musnah dan masih berasap, pihak pakar forensik yang memakai sut putih bekerja di antara mayat yang rentung, banyak yang berada dalam keadaan beku luar biasa di mana mereka telah jatuh, dan orang awam melangkah dengan berhati-hati di antaranya dalam satu usaha terdesak mencari anggota keluarga yang hilang.

Bau hangit minyak memenuhi ruang udara. Cebisan pakaian hangus telah kelihatan melalui bahagian yang rentung.

Ketika pekerja forensik mula mencuba untuk membawa mayat masuk ke dalam van untuk dihantar ke rumah mayat, kira-kira 30 penduduk kampung telah cuba untuk menghalang mereka.

Mereka menuntut mayat anggota keluarga mereka, menyatakan kos rumah mayat terlalu mahal.

Mayat tersebut telah dihantar ke sebuah rumah mayat, menurut pihak berkuasa.

Pada Jumaat lepas, ketika pihak berkuasa mendengar bahawa penyeludup minyak telah membocorkan saluran paip, sebuah unit tentera dengan kira-kira 25 orang anggota tentera telah tiba dan cuba menyekat kawasan itu, Setiausaha Pertahanan Luis Crescencio Sandoval memberitahu wartawan.

Namun anggota tentera tidak mampu untuk menghalang dianggarkan 700 orang awam termasuk seluruh keluarga, yang mengerumuni saluran paip minyak itu untuk mengumpul minyak yang tumpah dalam botol plastik dan baldi, menurut para saksi.

Anggota tentera bersenjata telah meninggalkan saluran paip bagi mengelak sebarang risiko konfrontasi dengan orang awam ketika letupan berlaku, kira-kira dua jam selepas saluran paip itu dirosakkan, menurut Sandoval.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, haluan kiri yang memegang jawatan hanya beberapa minggu lepas, telah pergi ke tempat kejadian pada awal pagi kelmarin.

Beliau tidak mempersalahkan pihak tentera, menyatakan, “Tindakan pihak tentera adalah betul, tidak mudah untuk melaksanakan arahan terhadap kumpulan orang awam.”

Beliau berjanji akan terus melawan masalah yang semakin berkembang mengenai kecurian minyak.

“Saya berasa sangat sedih dengan penderitaan di Tlahuelilpan,” Lopez Obrador menulis di dalam Twitter.

Beliau menyeru kepada seluruh kerajaannya bagi menyampaikan bantuan.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) Kirstjen Nielsen menyatakan dalam Twitter bahawa jabatannya bersedia untuk membantu responder pertama dan kerajaan Mexico dalam mana-mana cara sekalipun.

Rakaman video yang dilakukan selepas kejadian menunjukkan orang ramai menjerit melarikan diri dari tempat kejadian ketika api yang sangat besar menerangi langit malam.

“Saya pergi untuk melihat apa yang berlaku, dan ketika letupan berlaku, saya segera bergegas untuk membantu mereka,” Fernando Garcia, 47, memberitahu AFP.

“Saya perlu untuk bergerak melalui cebisan manusia yang telah rentung sepenuhnya.”

Tragedi muncul semasa satu perang kerajaan persekutuan yang sering diperkatakan terhadap pencurian minyak, satu masalah yang menyebabkan Mexico menanggung kos anggaran AS$3 bilion pada 2017.

Pemangku pendakwa raya Alejandro Gertz menyatakan bencana terbaharu sebagai dengan niat kerana seseorang telah menyebabkan kebocoran dan kebakaran itu merupakan akibat daripada jenayah berkenaan.

Anggota bomba persekutuan dan negeri serta beberapa ambulans yang dimiliki syarikat minyak negara Pemex bergegas membantu mangsa yang melecur dan membawa mangsa tercedera ke hospital.

Beberapa fasiliti perubatan tempatan berusaha untuk menghadapi kebanjiran mangsa yang tiba, menurut koresponden AFP di tempat kejadian.

Kebakaran telah berjaya dikawal pada kira-kira tengah malam Jumaat, menurut kementerian keselamatan.

Pemex menyatakan ia turut memberikan respons terhadap satu lagi kebakaran di satu saluran paip yang mengalami masalah di wilayah tengah Queretaro, walaupun dalam kes tersebut tiada mangsa.

Fayad menyatakan dua jam selepas saluran paip itu pecah, mereka telah dimaklumkan terdapat satu letupan dan kebakaran yang membakar semua benda di sekitarnya. — AFP

Advertisement