Anda di sini

Miliki tenggiling hidup, lelaki didenda RM50,000 dan satu tahun penjara

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dihukum satu tahun penjara dan denda RM50,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki haiwan liar yang dilindungi tanpa kebenaran sah.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Haffiz Halan, 28, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Haffiz didapati memiliki seekor tenggiling hidup spesies Malayan Pangolin iaitu haiwan dilindungi pada 26 Oktober 2017, jam 1.25 petang di tempat letak kereta Anjung Selera Tanjung Lipat Likas.

Untuk itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Sesyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 41(4) enakmen sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman diperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sepasukan penguatkuasa dari Jabatan Hidupan Liar dan empat anggota Unit Penyelamatan Hidupan Liar (WRU) menjalankan operasi penguatkuasaan di lokasi kejadian.

Semasa operasi, anggota penguatkuasa menggeledah sebuah kenderaan dinaiki tertuduh dan rakannya Mastag A.Natsir, 26, serta menjumpai seekor tenggiling hidup di dalam sangkar plastik warna kelabu.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua tertuduh tidak memiliki dokumen pemilikan sah ke atas haiwan berkenaan dan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun ketika prosiding dijalankan, Pegawai Pendakwa Abdul Karim Dakog dari Jabatan Hidupan Liar meminta tarikh baharu terhadap rakan tertuduh iaitu Mustag kerana tidak hadir ke mahkamah.

  • oleh
  • Advertisement