Anda di sini

Maroon 5 buat persembahan di Super Bowl bulan depan

Advertisement
MAROON 5
MAROON 5

KUMPULAN pop Maroon 5 akan menyediakan hiburan pada waktu rehat di Super Bowl pada bulan depan di Atlanta dalam satu pertunjukan yang turut memaparkan dua penanyi rap Travis Scott dan Big Boi, kata Liga Futbol Kebangsaan.

Maroon 5, kumpulan yang memenangi Grammy sebanyak tiga kali pimpinan Adam Levine, akan disertai Scott, bintang yang sedang meningkat naik, dan Big Boi, anak jati Atlanta, Georgia, yang dahulu menjadi anggota kumpulan rap Outcast.

Pertunjukan yang ditaja oleh Pepsi itu akan memaparkan “julat genre muzik yang paling meluas pernah dilihat di atas pentas Super Bowl”, kata NFL.

Levine pada Ahad lepas tweet sebuah video yang menunjukkan kumpulan itu bersiap sedia untuk naik ke atas pentas. Ia turut memaparkan imej-imej Scott dan Big Boi.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Oktober lalu bahawa bintang pop Rihanna menolak tawaran untuk menjadi penghibur utama bagi pertunjukan itu kerana dia menyokong bekas ‘quarterback’ NFL Colin Kaepernick dan bantahannya terhadap ketidakadilan kaum.

Pertunjukan waktu rehat tahunan Super Bowl merupakan salah satu acara hiburan paling berprofil tinggi di AS, yang menarik puluhan juta penonton televisyen.

Penghibur pada masa lalu termasuk Beyonce, Lady Gaga, Katy Perry, Madonna, Bruce Springsteen dan Prince.

Super Bowl 2018 ketika Justin Timberlake membuat persembahan pada waktu rehat ditonton oleh audiens televisyen seramai 103 juta, yang terbesar setakat ini bagi mana-mana acara TV di AS.

CBS akan menyiarkan Super Bowl pada 2019. Levine merupakan seorang hakim dalam program bakat NBC ‘The Voice’. — Reuters

Advertisement