Anda di sini

Lelaki didenda RM1,600 atas tiga kesalahan APJ

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas tiga kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Faizal Jumat, 31, selepas mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukannya pada 3 September 2017, jam 4 petang di jalan Kampung Sembulan.

Pertuduhan pertama, dia didenda RM800 atau penjara satu bulan kerana memandu kenderaan dengan tidak memiliki satu lesen memandu yang membenarkan dia memandu di atas jalan, mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pertuduhan kedua, dia didenda RM500 atau satu bulan penjara atas kesalahan menggunakan kenderaan yang tidak mempunyai lesen motor yang sah, mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Manakala, pertuduhan ketiga, dia didenda RM300 atau satu bulan penjara atas kesalahan memandu kenderaan dengan tidak meliputi polisi insurans yang dikehendaki mengikut Seksyen 90 akta sama.

Seorang lagi lelaki berusia 20 tahun didenda RM1,000 atau dua bulan penjara atas dua kesalahan iaitu menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak dilindungi polisi insurans yang dikehendaki.

Randi Antop didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Oktober 2018, jam 8.11 malam di Pekan Inanam Jalan Tuaran dekat sini.

Dalam kes yang sama di lokasi berbeza, tiga lelaki masing-masing didenda antara RM800 hingga RM700 atau penjara satu bulan kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Jack Ronye Petrus Watan, 26, didenda RM800 atas kesalahan yang dilakukan pada 18 November 2018, jam 11.59 malam di Teluk Likas, manakala Sisar Japar, 29, dan Ibnor Hassan Isnin, 51 masing- masing didenda RM700.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Trafik Kota Kinabalu Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement