Anda di sini

Langgar kenderaan PDRM, empat cedera ringan

Advertisement
KENDERAAN PDRM yang remuk di hadapan akibat dari kemalangan itu.
KENDERAAN PDRM yang remuk di hadapan akibat dari kemalangan itu.

KENINGAU: Tiga anggota polis terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Keningau-Tenom di sini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 3 petang pada Isnin.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Keningau menuju Tenom bersama beberapa buah kenderaan PDRM lain.

Beliau berkata, kenderaan mangsa berada di hadapan sekali dan semasa tiba di satu selekoh, sebuah kenderaan secara tiba-tiba memasuki laluan dari arah bertentangan.

"Akibatnya, kenderaan yang dipandu oleh wanita berumur 42 tahun itu termasuk ke dalam parit.

"Wanita terbabit turut mengalami kecederaan ringan," katanya di sini hari ini.

SEBUAH lagi kenderaan yang dipandu wanita berkenaan remuk teruk selepas termasuk ke parit.
SEBUAH lagi kenderaan yang dipandu wanita berkenaan remuk teruk selepas termasuk ke parit.

Shahrudin berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berkenaan berpunca dari kecuaian pemandu wanita itu.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Keningau untuk rawatan lanjut.

Pihaknya akan meneruskan siasatan lanjut mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement