Anda di sini

Lelaki terkaya Filipina meninggal dunia pada usia 94

Advertisement
 Dalam gambar fail yang diambil pada 16 Mei 2013 ini, Sy tiba untuk perasmian salah sebuah pusat beli-belahnya SM Aura di Manila. Sy, seorang pendatang miskin dari China yang akhirnya memimpin empayar perniagaan bernilai berbilion dolar, meninggal dunia semalam, demikian menurut pihak konglomerat. — Gambar AFP
TAIKUN BERJAYA: Dalam gambar fail yang diambil pada 16 Mei 2013 ini, Sy tiba untuk perasmian salah sebuah pusat beli-belahnya SM Aura di Manila. Sy, seorang pendatang miskin dari China yang akhirnya memimpin empayar perniagaan bernilai berbilion dolar, meninggal dunia semalam, demikian menurut pihak konglomerat. — Gambar AFP

MANILA: Lelaki terkaya di Filipina Henry Sy, yang muncul dari seorang pendatang China yang miskin kepada mengetuai sebuah empayar perniagaan bernilai berbilion-bilion dolar, meninggal dunia semalam, umum pihak konglomerat beliau.

Hartawan berusia 94 tahun, berasal dari bandar Xiamen di China, menghasilkan kekayaannya dengan satu konglomerat pusat beli-belah Filipina yang melibatkan sebahagian dari pusat beli-belah terbesar di dunia.

Bagaimanapun beliau turut memiliki beberapa hotel dan hartanah di Filipina, termasuk pusat beli-belah di China.

Beliau memiliki jumlah kekayaan bernilai $19 bilion setakat kelmarin, menurut Forbes.com.

Forbes menyatakan beliau adalah orang ke-52 terkaya di dunia pada tahun lepas, mengetepikan beberapa nama taikun lain seperti Elon Musk, Rupert Murdoch dan George Soros.

“Henry Sy...meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika tidur pada awal pagi semalam. Terdapat tiada maklumat lanjut buat masa sekarang,” kumpulan SM beliau menyatakan di dalam satu kenyataan kepada AFP.

Sy telah memulakan kedai kasut pertamanya di luar bandar Manila pada 1956, satu perniagaan yang kemudian berkembang menjadi sebuah empayar yang pelbagai.

Beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi bagi syarikatnya pada 2017, memegang gelaran “emeritus pengerusi” dan meninggalkan sekutu yang dipercayai termasuk anak-anaknya yang bertanggungjawab bagi empayarnya.

Ia merupakan satu perjalanan hidup yang panjang bagi seorang lelaki yang telah datang ke Filipina sebagai seorang budak lelaki yang bekerja di kedai serba guna milik ayahnya seorang pendatang.

“Kedai kami adalah terlalu kecil ia tidak mempunyai belakang atau tingkat dua, kami hanya tidur di atas kaunter pada waktu malam selepas kedai ditutup,” beliau memberitahu akhbar Philippine Star pada 2006.

Selepas kedai mereka musnah semasa Perang Dunia II, ayah Sy kembali ke China namun Henry memilih untuk terus tinggal di Filipina.

Beliau mendapat ijazah perdagangan dari sebuah universiti Manila dan mula menjual kasut di sebuah kedai yang kemudian telah berkembang menjadi sebuah rangkaian bernama ‘ShoeMart’.

Pada 1972, kedainya telah diperluaskan kepada menjual semua jenis barangan, menyebabkan nama ditukar kepada SM Department Store.

Namun ia adalah pada 1985 di mana Sy melakar sejarah ketika beliau membuka ‘Supermall’ pertamanya di Manila.

Dengan keluasan lebih 424,000 meter persegi, pusat beli-belah termasuk beberapa kedai, panggung wayang, restoran, bank dan tarikan lain yang menjadikan ia sebagai sebuah kedai satu persinggahan untuk berjuta-juta rakyat Filipina.

Ini adalah hanya satu permulaan, apabila semakin banyak pusat beli-belah besar milik Sy muncul di seluruh negara, sebahagian malah mempunyai gelanggang meluncur ais, satu kelainan di sebuah negara tropika.

Sy membantu membentuk budaya pusat beli-belah di Filipina, di mana suhu panas dan ancaman yang kerap bagi penurunan hujan lebat menyebabkan membeli-belah di luar sebagai tidak selesa.

Syarikat milik Sy, SM Investments Corp. telah membuka pusat beli-belah pertamanya di China pada 2001 dan telah berkembang di sana.

Pada 2018, DM menyatakan ia memiliki 70 pusat beli-belah di Filipina dan tujuh di China termasuk enam hotel dan lapan bangunan pejabat.

Empayar Sy telah memperolehi bahagian kritikan dari kumpulan buruh, yang menyatakan ia menggunakan ribuan pekerja kontrak diupah bagi mengelakkan membayar gaji yang lebih tinggi dan faedah yang sepatutnya dimiliki oleh pekerja tetap.

Pegawai SM telah menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam apa yang dikatakan sebagai “kontraktualisasi”, namun menyatakan mereka mengupah pekerja “bermusim” bagi masa kemuncak seperti Krismas, kembali ke sekolah dan malah hujung minggu. — AFP

Advertisement