Anda di sini

Lelaki bakar diri di tengah Prague

Advertisement
 Pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi di  mana seorang lelaki membakar diri kelmarin di Prague. — Gambar AFP
MASIH DALAM SIASATAN: Pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi di mana seorang lelaki membakar diri kelmarin di Prague. — Gambar AFP

PRAGUE: Seorang lelaki Czech telah membakar dirinya sendiri kelmarin di tengah Prague di mana aktivis pelajar Jan Palach telah memusnahkan dirinya sendiri pada 50 tahun lepas untuk memprotes penaklukan yang diketuai oleh Soviet terhadap Czechoslovakia pada masa itu.

Lelaki tersebut telah mengalami koma sementara dan dimasukkan ke hospital dengan melecur di bahagian kepala dan tangan selepas membakar dirinya sendiri di Dataran  Wenceslas, menurut pihak berkuasa.

“Lelaki yang dilahirkan pada 1964 telah membakar dirinya pada jam 3 petang waktu tempatan menggunakan bahan mudah terbakar,” menurut polis Prague di dalam Twitter, sambil menambah bahawa orang awam telah memadamkan api tersebut dengan pakaian dan sebuah alat pemadam api dari sebuah kedai kopi berhampiran.

“Anggota penyelamat meletakkan pesakit dengan kecederaan melecur meliputi 30 peratus dari badannya dalam keadaan koma sementara,” jurucakap perkhidmatan kecemasan Prague Jana Postova menambah di dalam Twitter.

Jurucakap polis Andrea Zoulova memberitahu wartawan “terdapat tiada bukti tindakan telah menjadi satu bantahan atau bermotifkan politik.”

Menurut seorang saksi dipetik oleh media tempatan, lelaki itu memiliki dua poster, satu dalam bahasa Arab dan satu lagi menggunakan huruf Latin, termasuk salib Kristian serta satu alat pembesar suara yang memainkan muzik.

“Saya fikir dia adalah seorang yang fanatik keagamaan,” seorang orang awam yang melihat lelaki itu sebelum insiden memberitahu laman berita www.lidovky.cz.

“Saya melihat dia, dia merungut sesuatu, seperti satu doa,” menurut seorang lagi orang awam memberitahu radio awam CRo1.

Republik Czech memperingati 50 tahun sejak tindakan memusnahkan diri di Palach pada awal minggu ini dengan majlis-majlis rasmi dan satu perarakan menyalakan lampu suluh melalui Prague. — AFP

Advertisement