Anda di sini

Komuniti Tionghua beri sumbangan besar dalam ekonomi negeri

Advertisement
SHAFIE (tujuh kiri) dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib (lapan kiri) bersama Susan (lima kiri), Jaujan (lapan kanan), Christina (enam kiri) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan ketika tiba dimajlis berkenaan.
SHAFIE (tujuh kiri) dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib (lapan kiri) bersama Susan (lima kiri), Jaujan (lapan kanan), Christina (enam kiri) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan ketika tiba dimajlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Komuniti Tionghua di Sabah sentiasa memainkan peranan penting dalam ekonomi kerana masyarakat Cina telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah tidak mungkin mencapai kemajuan yang ada pada hari ini tanpa sumbangan daripada masyarakat Tionghua.

"Daerah Tawau contohnya, walaupun tidak semaju di sini, tetapi ianya membangun dan peranan dimainkan golongan masyarkat Cina tidak dapat dinafikan, Kumpulan Hap Seng adalah salah satu syarikat yang telah majukan Tawau.

"Apabila kemajuan dicapai sudah pasti peluang pekerjaan juga diwujudkan dan ia akan memberikan kebaikan kepada rakyat," katanya ketika menyempurnakan Pesta Tarian Naga, Unikon dan Singa sempena Tahun Baharu Cina 2019 di sini hari ini.

Beliau berkata, penting kepada rakyat negara ini khususnya Sabah agar terus mengukuhkan kesatuan di antara satu sama yang lain.

Katanya, jangan sesekali membiarkan perbezaan dari segi anutan agama dan bangsa menjejaskan perpaduan rakyat dalam negara ini.

"Tidak mungkin negara capai kemerdekaan, pembangunan dan kemajuan sekiranya kita hanya bergantung dengan satu kaum sahaja.

"Saya sebagai Ketua Menteri Sabah mewakil rakyat di negeri ini mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Tionghua yang telah memberikan pelbagai sumbangan.

"Malaysia adalah negara anda, Sabah adalah negeri anda, ini adalah tanah anda...penting bagi kita untuk memastikan adanya perpaduan dan seterusnya bersama-sama tingkatkan pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan Sabah," katanya.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata beliau pada tahun ini akan mengadakan lawatan kerja ke China untuk menarik pelabur datang ke Sabah.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Masyarakat Cina Kota Kinabalu (USCCAKK) Datuk Susan Wong turut berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyumbangkan RM150,000 bagi menjayakan pesta itu.

Katanya, walaupun keadaan kewangan yang tidak kukuh tetapi keprihatinan untuk perayaan kebudayaan itu masih diutamakan.

  • oleh
  • Advertisement