Anda di sini

Bomba bantu kanak-kanak tertusuk kayu panjang

Advertisement
ANGGOTA bomba bertugas terpaksa mengambil langkah berhati-hati semasa menjalankan operasi memotong kayu yang tertusuk di bahu kiri mangsa.
ANGGOTA bomba bertugas terpaksa mengambil langkah berhati-hati semasa menjalankan operasi memotong kayu yang tertusuk di bahu kiri mangsa.

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat tertutus sebatang kayu panjang di bahagian bahu kirinya.

Pusat Gerakan Operasi, Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerusi kenyataan medianya, menyebut bahawa insiden itu berlaku pada petang Jumaat.

JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang menimpa mangsa, Anuar Sali, pada jam 3.09 petang dan terpaksa bergegas ke Hospital Semporna untuk menjalankan operasi.

Operasi memotong kayu itu dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna dengan mengunakan peralatan khas sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tawau.

Usaha terbabit juga terpaksa dijalankan secara berhati-hati, malah memakan masa selama hampir 40 minit sebelum operasi berkenaan ditamatkan pada jam 3.48 petang.

  • oleh
  • Advertisement