Anda di sini

Promosi hebat TBC di New World Mart, The Bay

Advertisement
 The Bay Departmental Store di Moyan Square.
KUNJUNGI: The Bay Departmental Store di Moyan Square.

KUCHING: New World Mart dan The Bay Departmental Store di Moyan Square, Jalan Batu Kawa kini mengadakan jualan promosi hebat sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 dari 18 Januari hingga 4 Februari.

Dalam promosi hebat itu, orang ramai berpeluang untuk merebut pelbagai tawaran istimewa yang disediakan dengan lebih 88 barangan dijual pada harga hebat.

Antara promosi hebat yang ditawarkan ialah rebat baucar percuma RM8 untuk 188 pelanggan pertama setiap hari.

Selain itu, Baucar Tunai Cabutan Bertuah RM88 untuk pelanggan yang membuat pembelian RM68 dan ke atas yang akan dicabut setiap hari dan nama pemenang akan disiarkan di laman sosial Facebook ‘New World Mart’.

 Orang ramai juga boleh mendapatkan barangan segar seperti sayur, ayam dan ikan di Pasar Raya New World Mart.
SEGAR: Orang ramai juga boleh mendapatkan barangan segar seperti sayur, ayam dan ikan di Pasar Raya New World Mart.
 Llimau mandarin juga dijual di Pasar Raya New World Mart.
HARGA HEBAT: Llimau mandarin juga dijual di Pasar Raya New World Mart.

Malah, bagi pelanggan yang membuat pembelian barangan berjumlah RM288 dan ke atas dalam resit tunggal di New World Mart pula akan menerima baucar tunai percuma RM8 bersama hadiah misteri.

Untuk pembelian RM150 dan ke atas dalam satu resit di New World Mart atau di The Bay, pelanggan boleh membuat pembelian atas pembelian yang menawarkan harga istimewa iaitu RM0.88 antaranya gula pek satu kilogram, minuman Season satu liter dan satu pek mi Ibumie.

Pelanggan yang membuat pembelian RM128 dan ke atas dalam satu resit di The Bay pula akan menerima baucar tunai RM8 dan hadiah misteri.

Sementara itu, pelanggan yang membuat pembelian di pasar raya New World Mart dan The Bay RM50 dan ke atas dalam satu resit juga akan menerima angpau percuma (stok terhad).

Pada masa sama, pelanggan yang membuat pembelian RM28 dan ke atas dalam satu resit di Pasar Raya New World Mart dan The Bay akan menerima rebat tunai makanan RM1 di M Station Food Court.

Malah, New World Mart juga mengadakan promosi bulanan harga hebat, miggguan harga hebat untuk pemegang kad ahli dan setiap hujung minggu harga runtuh.

 Pasar Raya New World Mart di Moyan Square kini mengadakan jualan hebat sempena Tahun Baharu Cina 2019.
PROMOSI HEBAT: Pasar Raya New World Mart di Moyan Square kini mengadakan jualan hebat sempena Tahun Baharu Cina 2019.

Bagi mendapatkan kad keahlian New World Mart, orang ramai hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk seumur hidup dan mata terkumpul tidak mempunyai tarikh luput.

Pemegang kad ahli juga yang mempunyai mata terkumpul 60 dan ke atas boleh menebus baucar tunai RM10.

New World Mart dibuka setiap hari dan bagi tempoh promosi 1 hingga 4 Februari, ia dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 10 malam.

Pasar raya itu menjual pelbagai jenis barangan termasuk makanan sejuk beku dan segar.

Bagi The Bay pula, pelbagai pilihan baju dari kanak-kanak hingga orang dewasa terdapat di situ termasuk baju bersaiz besar.

 Antara fesyen baju baharu di The Bay Departmental Store.
BANYAK PILIHAN: Antara fesyen baju baharu di The Bay Departmental Store.
  • oleh
  • Advertisement