Anda di sini

PM Britain terselamat undi tidak percaya

Advertisement
 May membuat kenyataan kepada anggota media di Downing Street, London                pada Rabu selepas terselamat daripada undi tidak percaya terhadap kerajaannya. — Gambar AFP
SAMPAI AMANAT: May membuat kenyataan kepada anggota media di Downing Street, London pada Rabu selepas terselamat daripada undi tidak percaya terhadap kerajaannya. — Gambar AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, telah menghulurkan tangan kepada penentangnya selepas beliau terselamat daripada undi tidak percaya yang dicetuskan oleh kekalahan perjanjian Brexit yang beliau kemukakan dalam parlimen.

Dengan keputusan ini juga beliau berjaya mengelak daripada risiko mengadakan pilihan raya umum awal.

Selepas 24 jam yang gamat dan beliau akui mungkin “meresahkan” pengundi, beliau mengakui terma perceraian yang beliau meterai dengan Kesatuan Eropah (EU) telah ditolak sepenuhnya tetapi berikrar untuk berusaha mencari alternatif.

“Sekarang Ahli Parlimen (MP) sudah menjelaskan apa yang mereka tidak inginkan, semua kita mesti berusaha secara membina bersama satu sama lain untuk menetapkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh parlimen,” kata May dalam ucapan petang kepada negara yang disiarkan oleh televisyen.

Pada Selasa lepas, MP memberikan kekalahan paling teruk dalam sejarah politik moden di Britain kepada perdana menteri itu apabila mereka menolak perjanjian perceraian dengan 432 undi berbanding 202.

Namun May muncul sebagai pemenang pada malam Rabu dalam satu undi tidak percaya yang dicetuskan oleh Parti Buruh selaku pembangkang, yang pertama dalam tempoh 26 tahun, dengan 325 undi berbanding 306.

Beliau merangka jadual rundingan merentasi parti yang bermula segera dengan pertemuan bersama pemimpin nasionalis Scotland, nasionalis Wales dan Demokrat Liberal yang pro-EU.

“Kita mesti mencari penyelesaian yang boleh dirunding dan menerima sokongan yang memadai dalam Dewan ini,” beliau memberitahu parlimen sebelum ini.

Ketua pembangkang menge-mukakan senarai tuntutan bagi kerjasama, termasuk membincangkan kemungkinan menangguhkan Brexit selepas 29 Mac, dan menolak kemungkinan Britain keluar tanpa sebarang perjanjian sama sekali.

Perdana menteri itu sedang bekerja menurut jadual pa-ling ketat sementara Britain bersiap sedia untuk meninggalkan blok EU yang selama setengah abad menentukan hubungan politik dan ekonominya dengan negara lain di dunia.

Kekalahannya mencetuskan amaran daripada pemimpin Eropah bahawa prospek bagi “tiada perjanjian” semakin meningkat, dengan potensi bagi gangguan ekonomi yang amat serius di kedua-dua bahagian Terusan.

May mesti kembali ke parlimen Isnin depan dengan Pelan B yang beliau dan pasukannya berhasrat untuk bincangkan dengan pelbagai MP sepanjang hujung minggu ini.

Namun ketua pembangkang utama Buruh, Jeremy Corbyn berkata, beliau hanya akan berjumpa dengan May jika May dapat “mengeluarkan dengan jelas buat selama-lamanya prospek bagi bencana daripada Brexit tanpa perjanjian”.

May berkata beliau “kecewa” dengan keputusan Corbyn dan menegaskan “pintu kami sentiasa terbuka”.

Pada petang Rabu juru-cakapnya berkata kemungkinan bagi “tiada perjanjian” belum ditolak.

Ian Blackford dari Parti Nasional Scotland (SNP) berkata partinya hanya akan mengambil bahagian jika May bersedia untuk menimbang menangguhkan Brexit, menolak “tiada perjanjian” pilihan untuk mengadakan referendum kedua.

May telah menolak sekeras-kerasnya undian kedua.

Tawarannya untuk berjumpa dengan pembangkang “berbunyi kosong tanpa bukti kesediaannya untuk berkompromi mengenai isi Brexit”, kata akhbar Guardian, yang menuntut agar “menu pilihan” dikemukakan kepada parlimen.

Sementara itu akhbar Daily Telegraph memberi amaran bahawa parlimen “mungkin merancang pengkhianatan”.

“Selepas dua setengah tahun, Pelan B adalah untuk mem-biarkan parlimen mengambil alih,” kata Telegraph.

“Sekurang-kurangnya ia adalah satu pelan; tetapi adakah parlimen berupaya untuk menyampaikan keputusan referendum, atau adakah ini permulaan bagi pengkhia-natan besar kepada undian itu?”

May terselamat pada Rabu berkat sokongan ahli-ahli dari partinya Parti Konservatif dan sekutunya dari Ireland Utara dalam Parti Kesatuan Demokratik (DUP).

Namun lebih satu pertiga ahli Konservatif dan kesemua 10 MP DUP menentang rancangan Brexit yang dikemuka-kan oleh May pada Selasa lepas – masing-masing kerana sebab diri sendiri.

Maka itu May akan melangkah dengan berhati-hati sementara beliau berusaha untuk mengambil hati penggubal undang-undang pembangkang – kebanyakan mereka mahu kekal dalam EU – selain berusaha untuk menenangkan rakan perikatan lebih keras yang menyokong Brexit.

Perdana menteri itu terus mempertahankan dua prinsip penting pada Rabu: membataskan migrasi EU dan mengutarakan dasar daga-ngan bebas.

Kedua-dua perkara menolak harapan Buruh untuk menjadi anggota kesatuan kastam EU atau pasaran tunggalnya.

Namun beliau turut membayangkan kemungkinan akan menangguhkan Brexit.

May berkata EU akan membenarkan ini “jika ia adalah jelas bahawa pelan, yang bergerak ke arah perjanjian yang dipersetujui, wujud”.

Pegawai EU berkata, tempoh rundingan boleh dilanjutkan sehingga Parlimen Eropah yang baharu dipilih bersidang pada Julai. — AFP

Advertisement