Anda di sini

Bilik kelas SJK Chung Hwa Limbang terbakar

Advertisement
 

LIMBANG: Sebuah bilik kelas ditingkat tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Limbang terbakar 50 peratus dalam kejadian yang berlaku malam Khamis. 

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Mahai Amboh berkata pihaknya menerima  panggilan jam 10.45 malam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah bilik kelas ditingkat tiga yang terbakar 50 peratus.

"Pasukan bomba membuat operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tangki jentera dan dua hos   saluran bantu mula dari sistem pencegahan kebakaran yang ada disekolah tersebut," katanya hari ini.

Edmund berkata api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya sembilan minit kemudian.

Operasi katanya ditamatkan kira-kira pada pukul 11malam.

Beliau memberitahu seramai sembilan anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Dua Zakaria  Matnor membabitkan dua kenderaan bomba bergegas ke lokasi kejadian yang jauhnya sekitar dua kilometer.

Ketua Balai Bomba Limbang  Tawang Lingem turut berada di lokasi.

  • oleh
  • Advertisement