Anda di sini

Angka korban serangan di hotel Nairobi cecah 21

Advertisement
 Orang ramai mengangkat jenazah Feisal Ahmed Rashid yang maut dalam serangan ke atas sebuah pekarangan hotel mewah, di tanah perkuburan Islam Langata, di Nairobi, Kenya pada Rabu. — Gambar Reuters
SELAMAT DIKEBUMI: Orang ramai mengangkat jenazah Feisal Ahmed Rashid yang maut dalam serangan ke atas sebuah pekarangan hotel mewah, di tanah perkuburan Islam Langata, di Nairobi, Kenya pada Rabu. — Gambar Reuters

NAIROBI: Angka korban serangan pengganas ke atas sebuah hotel mewah dan kompleks perniagaan di Nairobi pada Selasa meningkat kepada 21, apabila enam lagi mayat ditemui dan seorang polis meninggal dunia di hospital malam Rabu.

Menurut Xinhua memetik Ketua Polis Negara Joseph Boinnet, seorang anggota polis yang terbabit dalam operasi menyelamat, meninggal dunia di hospital akibat kecederaan dialami, manakala enam mayat ditemui di tempat kejadian ketika siasatan forensik dijalankan.

Beliau berkata, seramai 28 orang dimasukkan ke beberapa hospital di Nairobi dan enam penyerang disahkan berjaya dibunuh.

Pada sidang akhbar, Ketua Polis itu berkata, daripada 21 yang terbunuh, 16 warga Kenya maut, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) dan seorang warga Britain sementara tiga lagi mayat dipercayai dari benua Afrika belum dikenal pasti.

Katanya, siasatan susulan oleh Direktorat Siasatan Jenayah, polis mengesan dua suspek utama dipercayai membantu serangan ber-kenaan dan kini ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami mengulangi seruan kepada seluruh warga Kenya untuk terus bekerjasama dengan polis dan ejen kese-lamatan dalam usaha memerangi pengganas serta sebarang bentuk jenayah lain,” kata Boinnet.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta berucap pada Rabu dengan menyatakan, 14 orang awalnya terbunuh dan ratusan lagi berjaya diselamatkan dalam serangan ke atas kompleks Hotel DusitD2, di Jalan Riverside 14, daerah Westland, Nairobi.

Palang Merah Kenya me-nerusi Twitter pada lewat Rabu menyatakan, 19 orang lagi masih hilang selepas serangan itu.

Pertubuhan itu menyatakan sebanyak 94 kes orang hilang dilaporkan tetapi 75 ditemui selepas jam 8.30 malam.

Puak Al-Shaabab Somalia mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu de-ngan menyatakan mereka membunuh 47 orang di dalam Hotel DusitD2, rangkaian hotel antarabangsa Thailand yang kelihatan menjadi sasaran serangan itu.

Kumpulan bersenjata itu mengeluarkan kenyataan dalam talian pada petang Rabu dengan menyatakan serangan di Nairobi adalah tindak balas terhadap kenya-taan Presiden AS Donald Trump yang “menakutkan” serta tindakannya mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel selain ‘pembunuhan sistematik penduduk Palestin’.

Kenya adalah sekutu kuat AS di benua Afrika. — Bernama

Advertisement