Anda di sini

Special Squad RMP terus dominasi carta Liga Korporat Megalanes Adventure World

Advertisement
 (Dari kiri) Mohd Abdul Hadi, Sofian Kamsani dan Hipni Morni mewakili Special Squad RMP.
BARISAN MANTAP: (Dari kiri) Mohd Abdul Hadi, Sofian Kamsani dan Hipni Morni mewakili Special Squad RMP.

KUCHING: Pasukan Special Squad RMP terus mendominasi carta Liga Korporat Megalanes Adventure World susulan kemenangan 11-9 ke atas seteru utama, Putra J Bowlers pada aksi baru-baru ini.

Super Cop’s Bowlers pula kekal di kedudukan ketiga selepas menumpaskan Sokanjaya 13-7 manakala Medic Squad naik ke kedudukan keempat selepas kemenangan besar 17-3 mengatasi KSR MACC.

CJ7 dan Medix G pula masing-masing menduduki tangga ketujuh dan kelapan.

Sementara itu, Patrick Naga yang mewakili Medic Squad merampas senarai pendahulu anugerah Individual High Game dari Sofian Kamsani (Special Squad RMP) dan Awang Shafirul (Putra J Bowlers) selepas mencatat 264 jatuhan pin dalam perlawanan pusingan ‘positioning’.

Bagaimanapun, Sofian masih mengungguli perebutan anugerah Individual High Series di hadapan Awang Shafirul. 

Perebutan bagi anugerah Team High Game dan Team High Series masih dikuasai Special Squad RMP namun dicabar rapat Medic Squad.

Advertisement