Anda di sini

Perodua Aruz boleh ditempah di Ngu Chung Beng & Sons Corp

Advertisement
 Peter Ngu (kanan) bersama Esther Kong (kiri) serta yang lain pada majlis pelancaran Perodua Aruz, malam kelmarin.
LANCAR: Peter Ngu (kanan) bersama Esther Kong (kiri) serta yang lain pada majlis pelancaran Perodua Aruz, malam kelmarin.

SIBU: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz kini boleh ditempah di Ngu Chung Beng & Sons Corp Sdn Bhd (NCB), Jalan Salim selepas pelancaran rasmi SUV pertama Perodua itu malam kelmarin.

Menurut Pengarah Eksekutif NCB, Esther Kong Sing Kiu, SUV tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5 X yang berharga RM74,900 dan 1.5 Advance (AV) yang berharga RM79,900, harga atas jalan tidak termasuk insurans.

Kedua-dua varian katanya, menggunakan enjin sama iaitu unit empat silinder NA 1.5 liter, di mana enjin kenderaan cekap tenaga (EEV) ini mampu menghasilkan penggunaan bahan api 15.6 km/l.

“Aruz boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White dan Amazon Green,” ujarnya kepada pemberita selepas pelancaran Aruz di bilik pameran NCB, malam kelmarin.

Turut sama melancarkan malam kelmarin ialah Pengarah Urusan NCB, Dato Sri Peter Ngu Ung Yong serta yang lain.

Menyentuh mengenai jaminan, Esther berkata jaminan yang diberi adalah selama lima tahun atau 150,000km, sama seperti yang ditawarkan untuk Perodua Myvi baharu.

Kedua-dua varian Aruz jelas beliau, datang terus dengan rim aloi 17 inci dua tona, sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula, peranti SmartTAG bersepadu, enam beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan cagak Isofix pada tempat duduk baris kedua.

“Varian 1.5L AV dilengkapi dengan fungsi automatik untuk lampu utama, lampu kabus hadapan, rel bumbung, skid plate, balutan kulit, roda stereng dan tombol gear dibalut kulit, kemasan papan pemuka serta pintu hitam berkilat dan krom, fungsi SmartLink pada head unit dan perakam video bersepadu (DVR).

“Pakej keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 juga adalah khusus untuk varian 1.5L AV sahaja, dan ia termasuk Pre-collision Warning, Pre-collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control,” jelasnya.

Menurut Esther, Aruz merupakan model transformasi keempat Perodua dan menunjukkan kemasukan semula Perodua dalam segmen SUV selepas Nautica dan Kembara sebelum ini.

  • oleh
  • Advertisement