Anda di sini

Lelaki mengaku tidak bersalah curi radio kereta

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencuri radio kereta milik seorang lelaki berumur 31 tahun.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim seterusnya menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes bagi Azlan Alidin, 41.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Januari, jam 7.10 malam di tempat letak kereta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun setengah atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 beserta dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basirin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement