Anda di sini

Lelaki didakwa rogol gadis bawah umur

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol gadis bawah umur.

Fong Chon Siong bagaimanapun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Tertuduh didakwa merogol gadis berusia 15 tahun pada 20 Mei 2018, jam 7 malam di sebuah rumah Taman Wijaya, Manggatal, dekat sini.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta deposit RM5,000 dan dua penjamin tempatan.

Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah sekiranya ada sehingga pelupusan kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 25 Februari sebagai tarikh pengurusan kes, manakala perbicaraan pada 27 hingga 29 Mac depan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Umar Faiz, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Khairudin Noordin.

  • oleh
  • Advertisement