Anda di sini

Kompleks hotel mewah di Nairobi kena serang

Advertisement
 Kereta kelihatan terbakar di tempat kejadian di mana letupan dan tembakan kedengaran di pekarangan hotel Dusit,                     di Nairobi, Kenya pada Selasa. — Gambar Reuters
TERBAKAR: Kereta kelihatan terbakar di tempat kejadian di mana letupan dan tembakan kedengaran di pekarangan hotel Dusit, di Nairobi, Kenya pada Selasa. — Gambar Reuters

NAIROBI: Seramai 15 orang maut dalam satu serangan pelampau Islam ke atas sebuah kompleks hotel mewah di Nairobi, kata sumber polis Kenya pada Rabu, manakala bunyi tembakan dan letupan bergema dalam kepungan yang memasuki hari kedua.

Pasukan keselamatan bekerja sepanjang malam untuk melindungi pekarangan DusitD2, yang merangkumi sebuah hotel dengan 101 bilik, spa, restoran dan bangunan pejabat, selepas serangan yang diakui dilakukan oleh puak Al-Shabaab pada petang Selasa.

Sekurang-kurangnya seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri di hotel tersebut manakala lelaki bersenjata melepaskan tembakan bertubi-tubi sebelum bersemuka dengan pasukan keselamatan dan mencari perlindungan di premis tersebut sementara orang awam lari atau me-ngurung diri di dalam pejabat mereka sambil menunggu untuk diselamatkan.

“Kita ada 15 orang yang maut setakat ini dan ia termasuk orang asing,” kata sumber polis yang enggan dikenali kepada AFP.

Antara mereka yang maut adalah seorang warga Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai Jabatan Negara.

Sumber polis kedua mengesahkan jumlah kematian tetapi memberi amaran “masih ada kawasan yang belum lagi diakses tetapi itulah apa yang kami tahu setakat ini”.

Selepas 12 jam terperangkap di dalam kompleks ber-kenaan, satu kumpulan yang terdiri daripada puluhan orang dibebaskan pada jam 3.30 pagi (waktu tempatan), menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian, disusuli tembakan baharu dan satu ledakan bom.

“Kami masih percaya terdapat dua atau tiga penyerang di lokasi tertentu,” kata pegawai polis pertama. “Situasi ini belum berakhir sama sekali.”

Pegawai polis kedua berkata pada satu ketika, mereka pasti penyerang sudah dineutralkan selepas tempoh yang lama tanpa tembakan, tetapi serangan bersambung semula selepas jam 2 pagi.

Bunyi tembakan dan letu-pan selanjutnya kedengaran sejurus sebelum subuh, tanpa sebarang maklumat rasmi tentang berapa ramai orang yang masih terperangkap di dalam.

“Mereka menembak dari satu tingkat, kami masih percaya ada orang di sana,” kata-nya selepas laporan bahawa sejumlah besar orang telah lari ke tingkat atas.

Ketua polis Kenya, Joseph Boinnet, berkata serangan bermula dengan letupan yang menyasari tiga kereta di tempat letak kereta selain serangan bom bunuh diri di ruang legar hotel Dusit.

Ketika letupan dan tembakan bergema di bandar pinggir Westlands yang hijau itu, ratusan pekerja pejabat yang ketakutan mengurung diri di dalam kompleks manakala ada yang lari.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku. Bunyi tembakan datang dari pelbagai arah,” kata Simon Crump, seorang pekerja di sebuah firma antarabangsa yang bersembunyi bersama rakan-rakan sekerja.

Crump merupakan antara gelombang pertama orang yang dipindahkan dari bangu-nan pejabat di sekeliling hotel Dusit, selepas serangan ber-terusan selama sejam.

Beberapa anggota pasukan asing bersenjata berat, yang dipercayai dari kedutaan yang berpangkalan di Nairobi, berada di tempat kejadian bersama pegawai keselamatan Kenya.

Seorang mangsa yang dise-lamatkan daripada bangunan berkenaan memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan bahawa penyerang “sangat yakin; mereka adalah orang yang tahu apa yang mereka buat”.

Siaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di televisyen menunjukkan empat penye-rang, yang memakai serba hitam dan bersenjata berat, memasuki laman dalam pekarangan pada awal serangan.

John Maingi berkata “pancaran cahaya dan bunyi letu-pan kuat” berlaku di restoran Secret Garden di mana dia bekerja.

“Apabila saya mengintai keluar, saya ternampak kaki manusia yang telah dipotong. Kami bersembunyi di dalam bilik dan kemudian beberapa anggota polis menyelamatkan kami,” katanya.

Reuben Kimani, seorang barista yang diselamatkan selepas beberapa jam terperang-kap di dalam hotel, berkata dia mengenali salah seorang penyerang sebagai seorang pelanggan.

“Saya mengenali salah seorang daripada mereka kerana dia ada parut besar pada sebelah tangannya,” katanya.

“Saya nampak mereka. Mereka menembak enam rakan saya, empat tidak mati tetapi dua meninggal dunia.”

Serangan itu diakui dilakukan oleh Al-Shabaab, kumpulan Somali yang ada kaitan dengan Al Qaeda dan beberapa kali menyasari Kenya sejak Kenya menghantar tentera ke Somalia pada Oktober 2011 untuk menentang kumpulan pelampau jihad itu.

Serangan di DusitD2 me-rupakan yang pertama di Nairobi sejak lelaki bersenjata menyerbu pusat beli-belah Westgate di bandar raya itu pada 2013 dan mengorban-kan sekurang-kurangnya 67 orang.

Dalam kenyataannya, kum-pulan terbabit menyebut bahawa serangan itu dilancarkan tepat tiga tahun selepas pejuangnya mengepung sebuah pangkalan tentera Kenya di Somalia.

“Serangan ke atas hotel Nairobi ini dilancarkan ketika rakyat Kenya dan media mereka memperingati sera-ngan El Adde,” katanya.

Puak Shabaab mendakwa ia membunuh lebih 200 askar dalam serangan itu.

Kerajaan enggan memberi jumlah kematian atau mende-dahkan maklumat. — AFP

Advertisement