Anda di sini

Kerajaan cari mekanisme terbaik tangani lambakan buah tempatan

Advertisement
 Uggah diiringi Pengarah Lotus Farm Agritech Sdn Bhd Fabian Ng (kanan) dan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail (tengah) melawat rumah hijau di mana golden melon iaitu produk terkenal Lotus Farm ditanam.
TERTARIK: Uggah diiringi Pengarah Lotus Farm Agritech Sdn Bhd Fabian Ng (kanan) dan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail (tengah) melawat rumah hijau di mana golden melon iaitu produk terkenal Lotus Farm ditanam.

KUCHING: Kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sarawak dalam usaha mencari mekanisme terbaik untuk membantu pekebun menangani buah-buahan tidak terjual termasuk rambutan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi membolehkan lebihan buah-buahan berkenaan dapat dibeli dan menghasilkan produk diproses terutama untuk industri hiliran pertanian.

“Saya telah mengarahkan pengarah Jabatan Pertanian untuk mencari mekanisme supaya kita dapat membeli buah-buahan terbabit dan diproses menjadi produk.

“Saya telah turun padang khasnya di luar bandar mendapati banyak buah seperti rambutan tidak terjual,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Lotus Farm Agritech Sdn Bhd di sini, semalam.

Uggah berkata, ia bukan sahaja berpotensi untuk dijadikan produk untuk industri hiliran pertanian, tetapi paling penting membantu menambah pendapatan pekebun.

“Kita telah membangunkan banyak produk pertanian hiliran setakat ini seperti peria garing, kerepek pisang yang telah dijual ke China.

“Rambutan antara buah yang berpotensi kerana ia seperti longan yang boleh dijadikan produk hiliran dan perkara seperti ini yang sedang diteliti jabatan,” tegasnya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah bagaimanapun berkata, kementerian memerlu-kan syarikat utama atau syarikat anchor dalam membangunkan ran-taian bekalan berkenaan.

Beliau memberitahu, ini terutama-nya kepakaran, pengalaman dan kemudahan yang disediakan oleh syarikat anchor membantu kementerian atau jabatan bersama membangun-kan pekebun buah-buahan.

“Kita telah melihat kerjasama kita dengan syarikat anchor tempatan berkaitan durian, misalnya Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd yang mengeksport durian ke China nampaknya menunjukkan kejayaan.

“Idea sebegini yang kita mahukan kerana syarikat anchor mampu memasarkan produk dan menjual produk daripada pekebun kita,” tegasnya.

Tambah Uggah, apa yang penting ialah produk pekebun negeri ini dapat dijual dan dipasarkan dengan bantuan daripada pelbagai pihak.

Advertisement