Anda di sini

Kementerian Pertahanan prihatin isu pekerjaan veteran ATM

Advertisement
ZAMBROSE semasa mendengar isu yang dikemukakan salah seorang veteran ATM.
ZAMBROSE semasa mendengar isu yang dikemukakan salah seorang veteran ATM.

KOTA KINABALU: Kementerian Pertahanan prihatin terhadap isu pekerjaan dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negara ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong semasa melakukan lawatan kerjanya di sini berkata isu pekerjaan adalah salah satu perkara yang dikemukakan persatuan veteran ATM kepada kementeriannya yang perlu diselesaikan.

"Antara matlamat kita pada tahun ini adalah meningkatkan kesejahteraan anggota veteran selain meningkatkan kesiapsiagaan pelbagai isu mendatang.

"Isu pekerjaan dilihat penting untuk diberi perhatian agar masa depan veteran kita yang berumur 40 hingga 50 tahun terjamin dengan adanya sumber pendapatan ke hari tua," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis ramah mesra bersama veteran ATM Sabah di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat Lt Jen Datuk Wira Zambrose Mohd Zain, Panglima Task Force 450 Mej Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datuk Dzulkarnain Ahmad, Panglima 5 Briged Brig Jen Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Markas Logistik Timur Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi Syed Abdullah.

Liew berkata pihaknya akan mengkaji struktur ekonomi negara dan membincangkannya bersama kementerian lain agar kumpulan sasar itu diberikan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kepakaran serta tugas terdahulu.

Katanya pekerjaan seperti pengawal keselamatan sinonim dengan golongan veteran ATM namun persepsi negara yang lebih memilih warga asing untuk mengisi kekosongan jawatan itu perlu diambil kira.

"Kebanyakan institusi atau syarikat lebih memilih golongan warga asing yang ada di antaranya tidak mempunyai permit serta dokumen, apa lagi kebolehan untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

"Negara tidak boleh bergantung kepada warga asing dan Kementerian Pertahanan tidak boleh menyelesaikan isu ini sendirian. Ia perlu dibincangkan bersama Kementerian Dalam Negeri.

"Keperluan veteran ATM ini juga akan dibincangkan dengan pihak sepatutnya agar masa depan mereka lebih terjamin selepas menabur bakti kepada negara," katanya.

  • oleh
  • Advertisement