Anda di sini

Anne-Marie, Dua Lipa dan George Ezra antara calon BRIT Awards

Advertisement
GEORGE EZRA
GEORGE EZRA

PENYANYI Anne-Marie, Dua Lipa, Jess Glynne dan George Ezra antara calon untuk anugerah muzik berprestij  Britain iaitu BRIT Awards yang akan diadakan pada bulan depan, dalam satu senarai calon yang dikuasai oleh banyak bakat muda.

Anne-Marie dicalonkan untuk empat hadiah - Artis Solo Wanita British, Album Terbaik British Mastercard untuk ‘Speak Your Mind’, Single British dan Video Terbaik Artis British untuk ‘2002’ di acara anugerah British Record Industry Trust (BRIT), pada 20 Februari di London.

Dua Lipa, yang memenangi dua anugerah pada acara tahun lepas, dicalonkan dalam kategori Single British untuk ‘IDGAF’ dan juga ‘One Kiss’ kolaborasinya dengan DJ Calvin Harris. Dua buah lagu itu juga turut dicalonkan dalam Video Terbaik Artis British.

Nama Glynne juga turut dicalonkan dalam empat kategori termasuk Artis Solo Wanita British dan Single British untuk ‘I’ll Be There’.

Lagu juara carta ‘These Days’ oleh Rudimental menampilkan Glynne, penyanyi Dan Caplen dan penyanyi rap Macklemore juga dicalonkan untuk Single British dan Video Terbaik Artis British.

DUA LIPA
DUA LIPA

Calon lain untuk Artis Solo Wanita British termasuk Florence + The Machine, Lily Allen dan Jorja Smith, pemenang ‘Critics’ Choice’ tahun lepas. Smith juga dicalonkan untuk albumnya ‘Lost & Found’.

Penyanyi lagu hit musim panas ‘Shotgun’, George Ezra mendapat tiga pencalonan: Artis Solo Lelaki British, Single British dan untuk albumnya ‘Staying at Tamara’s’. Dia akan bersaing menentang Sam Smith, Craig David, Aphex Twin dan Giggs untuk Artis Solo Lelaki British.

Kategori album, hadiah terbesar pada malam itu, turut mencalonkan ‘High as Hope’ daripada Florence + The Machine dan ‘A Brief Inquiry into Online Relationships’ daripada The 1975.

The 1975 turut dicalonkan untuk Kumpulan British di samping Arctic Monkeys, Gorillaz, Little Mix dan Years & Years.

“Jika anda melihat senarai, ia benar-benar segar, benar-benar muda, benar-benar pelbagai, benar-benar wanita,” kata Geoff Taylor, ketua pegawai BRIT Awards dan British Phonographic Industry, kepada Reuters.

“Ia satu senarai yang benar-benar hebat yang mencerminkan tahun muzik dan persembahan berapa banyak bakat baru yang muncul.” — Reuters

Advertisement