Anda di sini

AMBMNS bantu KBS perkasa belia di Sabah

Advertisement
JUHARI (enam dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Frakkie (tengah). Turut kelihatan Arunarsin (tujuh dari kiri) dan Awang (lapan dari kanan) serta rombongan jawatankuasa AMBMNS.
JUHARI (enam dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Frakkie (tengah). Turut kelihatan Arunarsin (tujuh dari kiri) dan Awang (lapan dari kanan) serta rombongan jawatankuasa AMBMNS.

KOTA KINABALU: Alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Sabah (AMBMNS) telah menyusun 10 program belia yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019.

Program-program berkenaan ialah perbincangan meja bulat AMBMNS dengan Majlis Belia Sabah (MBS), Mesyuarat Agung Tahunan kedua-duanya akan diadakan pada Februari.

Program kecemerlangan kepimpinan negeri Sabah pada Mac,  seminar anti dadah peringkat negeri Sabah pada April dengan kerjasama AADK, Pemadam dan Polis.

Larian Belia Malaysia 2019 sempena Hari Belia pada Jun kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kursus kepimpinan dan pengurusan organisasi pada Julai kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan),  seminar belia kebangsaan pada Sepember kerjasama dengan MBM dan KBS (dicadang dibuat di Sabah).

Lawatan ke Pusat Talasemia Hospital Likas pada Oktober dan penilaian program AMBMNS 2019 pada November.

"Baru-baru ini juga, AMBMNS telah menyampaikan bantuan mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih, Putatan," kata Pengerusi AMBMNS, Dato' Juhari Janan.

Beliau berkata demikian semasa meyampaikan taklimat mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dan program AMBMNS yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Frankie Poon, di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Wisma Muis, Sembulan dekat sini pada Rabu.

Turut hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunasin Taib dan Setiausaha Tetap KBS Datuk Awang Adik.

Juhari berkata, AMBMNS telah ditubuhkan susulan penubuhan Alumni Majlis Belia Malaysia (AMBM) diperingkat kebangsaan.

Katanya, jawatankuasa AMBMNS dianggotai mantan-mantan pemimpin persatuan belia di Sabah termasuk MBM negeri ini (MBM adalah badan induk belia di seluruh Malaysia), bertujuan untuk  membantu KBS menjalankan aktiviti untuk mengangkat martabat  belia di Sabah.

Beliau turut mencadangkan agar Frankie, selaku Menteri Belia dan Sukan diantik sebagai penasihat I AMBMNS. Katanya, perlantikan itu wajib kerana AMBMNS bernaung dibawah KBS.

Sementara itu, Frankie menyambut baik program yang bakal dianjurkan oleh AMBMNS dalam membantu Kementerian memperkasakan belia di negeri ini.

"Saya sebenarnya tidak menyedari tentang wujudnya alumni ini, tetapi selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengerusinya, saya tertarik dengan aktiviti atau program yang bakal dianjurkan oleh Alumni ini.

"Sememangnya kita memerlukan lebih banyak program untuk belia dan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh AMBMNS amat baik," katanya, dan menambah Kemenreriannya akan memberikan kerjasama kepada AMBMNS dala penganjuran program belia," katanya.

  • oleh
  • Advertisement