Anda di sini

Ahli jawatankuasa PPKS bergotong-royong bersihkan kawasan Rumah Ramin

Advertisement
 Julaihi bersama AJK yang terlibat dalam kerja gotong-royong di Rumah Ramin, baru-baru ini.
BERSEMANGAT: Julaihi bersama AJK yang terlibat dalam kerja gotong-royong di Rumah Ramin, baru-baru ini.

AHLI jawatankuasa Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sarawak (PPKS) telah mengadakan  gotong-royong membersih kawasan Rumah Ramin iaitu ibu pejabat persatuan berkenaan di Jalan Reservoir di Kuching, baru-baru ini.

Seramai 15 ahli jawatankuasa PPKS menyertai aktiviti gotong-royong berkenaan yang pertama kali diadakan sejak setahun lalu.

Presiden PPKS Julaihi Ismail berkata, kebanyakan ahli sibuk dengan tugas masing-masing walaupun telah bersara menyebabkan mereka tidak dapat hadir untuk menyertai aktiviti tersebut.

“Mungkin pada masa depan ramai yang akan datang, selain bergotong-royong kita akan berjumpa ahli mungkin ada yang belum dikenali kerana terlalu ramai ,” ujarnya.

Beliau gembira dengan penyertaan AJK yang begitu bersemangat untuk bekerja bagi mengindahkan kawasan ibu pejabat yang fizikalnya telah banyak reput.

Beliau berharap pihaknya dapat mengadakan gotong-royong sebulan sekali dengan penyertaan lebih ramai selepas ini nanti.

Mengenai bangunan berkenaan, Julaihi berkata pihaknya telah mengunjungi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya baru-baru ini untuk bertanyakan mengenai kedudukan ibu pejabat mereka itu.

“Kita berharap bangunan berkenaan akan diserahkan kepada PPKS untuk memudahkan kita membuat apa yang perlu kepada bangunan itu nanti,” katanya.   

Beliau turut memohon untuk mendapatkan peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri bagi  mengadakan pelbagai aktiviti.

“Selama ini kita hanya memohon sumbangan daripada menteri, ahli parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri dan pihak lain untuk mengadakan aktiviti.

“Kita berharap akan mendapat berita gembira daripada Abang Johari selepas ini,” ujarnya.

Advertisement