Anda di sini

Tengkorak manusia ditemukan di tepi pantai Kuala Tatau

Advertisement
Pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan tengkorak manusia pada Selasa
Pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan tengkorak manusia pada Selasa

BINTULU: Satu tengkorak manusia ditemukan di tepi pantai Kuala Tatau, dekat sini di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Tatau DSP Dennis Bunyam, pihaknya bergegas ke lokasi menerima laporan mengenai penemuan itu sekitar 3.50 petang.

"Pemeriksaan fizikal tengkorak mendapati tiada kesan retak dan masih ada dua batang gigi. 

"Kes dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dennis turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung penemuan tengkorak itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau atau pegawai penyiasat Sarjan Senon Rigok (019-8189997).

  • oleh
  • Advertisement