Anda di sini

Lelaki didenda RM1,600 akibat perbuatan khianat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 44 tahun didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan melakukan khianat terhadap seorang lelaki.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Noorazli Yahya selepas menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyucuk tayar kereta milik Lugan Panting, 45, dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM150.

Kesalahan itu dilakukan pada 25 Julai 2018, jam 1.40 petang di Kuala Putatan 2, Putatan, di sini.

Untuk itu, dia didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Chong Kian Ming meminta hukuman diringankan kerana kejadian hanya disebabkan salah faham antara tertuduh dan mangsa.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar denda, dan ganti rugi kepada mangsa sebanyak RM100.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basiri.

  • oleh
  • Advertisement