Anda di sini

Hapus harta curi, wanita warga asing dipenjara 14 bulan 

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dipenjara 14 bulan bermula Rabu, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memindah atau menghapuskan harta curi.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Kornelya Pemi, 32, selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja memindah atau menghapuskan harta curi iaitu satu bentuk cincin milik seorang lelaki.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada pertengahan Oktober 2018 di Kampung Ketiau dekat sini.

Untuk itu, dia didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman, manakala, barangan kes dikembalikan kepada pemilik asal.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basiri, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Difahamkan, tertuduh yang berbangsa timur itu bekerja sebagai pembantu rumah sementara di rumah pengadu.

  • oleh
  • Advertisement