Anda di sini

Dua rumah PPRT terjejas akibat tanah runtuh

Advertisement
KEJADIAN tanah runtuh yang menjejaskan dua rumah PPRT.
KEJADIAN tanah runtuh yang menjejaskan dua rumah PPRT.

BELURAN: Dua buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Botition dekat sini terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata rumah-rumah PPRT yang berkeluasan 5x30 kaki setiap satu itu mengalami kerosakan apabila tanah runtuh menimpa bahagian belakang rumah.

Bagaimanapun, katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan penghuni ketika ini menumpang di rumah keluarga untuk sementara waktu.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Beluran diketuai PPgB Rastam Keladi dan lima anggota bersama sebuah jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.41 pagi.

Jarak lokasi kejadian dengan Balai Bomba dan Penyelamat Beluran adalah sejauh 84 kilometer.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi selain menasihatkan penghuni agar keluar ke kawasan yang selamat.

Operasi pemeriksaan dilaporkan tamat pada jam 12.45 tengahari.

  • oleh
  • Advertisement