Anda di sini

Cederakan adik, abang dipenjara 12 bulan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Akibat cederakan adik perempuan, seorang lelaki berusia 34 tahun dikenakan 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Whelan Mauritius dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh dipercayai dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas adik perempuannya berusia 17 tahun, pada 19 Disember jam 10.30 malam di sebuah rumah dekat Penampang.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh ketika dalam keadaan mabuk telah memukul mangsa menggunakan batang penyendok sampah ketika menonton televisyen.

Lantaran itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi sebelah kiri dan pengadu iaitu ayahnya kemudian membuat laporan balai polis berdekatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement