Anda di sini

Tiga diberkas tangkap ikan guna pukat tunda di kawasan larangan

Advertisement
TIGA suspek ditangkap kerana dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan menggunakan pukat tunda. 
TIGA suspek ditangkap kerana dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan menggunakan pukat tunda. 

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan tiga suspek kerana menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kawasan larangan, di Sg Laba, Pulau Sebatik, di sini kira-kira jam 9 pagi pada Isnin. 

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata ketiga-tiga suspek yang diberkas terdiri daripada seorang juragan, 35, dan dua kru bot, masing-masing berumur 18 dan 19 tahun. 

HASIL tangkapan yang dipercayai diperolehi di kawasan larangan operasi untuk pukat tunda.
HASIL tangkapan yang dipercayai diperolehi di kawasan larangan operasi untuk pukat tunda.

"Kehadiran mereka dikesan semasa pasukan kita menjalankan tugas rondaan Op Gelora menerusi Botronda PAR 11 di lokasi terbabit," katanya, sambil mengesahkan ketiga-tiga suspek ditahan pada jarak 1.54 batu nautika dari pantai. 

Mengulas lanjut, Pajeri berkata hasil pemeriksaan mendapati juragan dan dua kru bot pukat tunda terbabit mempunyai dokumen pengenalan diri jenis pasport dari negara jiran yang sah. 

 BOT pukat tunda ini turut ditahan oleh PPM Tawau.
BOT pukat tunda ini turut ditahan oleh PPM Tawau.

Berikutan itu, ketiga-tiga suspek, bot pukat tunda dan kesemua barang rampasan yang ditahan di dalam operasi itu dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan susulan serta laporan polis. 

"Kertas siasatan dibuka mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat-syarat lesen Perikanan, iaitu menunda di kawasan larangan, dan kesemua tangkapan diserah kepada Jabatan Perikanan Tawau untuk siasatan lanjut," katanya.

  • oleh
  • Advertisement