Anda di sini

Nelayan dipenjara 40 bulan, miliki bahan letupan

Advertisement
JULNA (dua, kanan) diiringi polis dan Pegawai Penyiasat kes ASP Mohd Affendie Che Din, keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding di Mahkamah Majistret.
JULNA (dua, kanan) diiringi polis dan Pegawai Penyiasat kes ASP Mohd Affendie Che Din, keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding di Mahkamah Majistret.

KOTA KINABALU: Seorang nelayan dijatuhkan hukuman penjara 40 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki bahan letupan.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Julna Gutulla, 64, selepas mengaku bersalah semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah juga mengenakan tertuduh denda sebanyak RM3,000 atau gagal bayar penjara dua sebulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah dibawah kawalan bahan letupan untuk tujuan sah di sisi undang- undang.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang memperuntukkan penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh juga dipercayai terlibat dengan kes membabitkan kedai emas yang diletupkan di Segama pada 31 Disember 2018.

Bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis menangkap tertuduh di rumah tidak bernombor Kampung Pulau Gaya di sini.

Hasil rampasan di rumah tertuduh, polis berjaya menjumpai tiga botol berisi serbuk putih disyaki bahan amonia.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basirin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement