Anda di sini

15 termasuk dua wanita positif syabu

Advertisement
ANGGOTA AADK semasa menjalankan ujian air kencing terhadap suspek.
ANGGOTA AADK semasa menjalankan ujian air kencing terhadap suspek.

KOTA KINABALU: Sepasukan anggota Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan 15 penagih dalam Ops Cegah yang dijalankan di tujuh lokasi di sini hari ini (Selasa).

Ketua Operasi Ops Cegah AADK Sabah Erwan Roslan berkata antara yang ditahan ialah 13 lelaki dan dua wanita berumur 19 hingga 50 tahun.

“Pada mulanya, kita menahan 19 individu, bagaimanapun hanya 15 daripada mereka positif dadah.

“12 daripada suspek adalah warga tempatan manakala tiga yang lain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

SALAH seorang suspek yang diperiksa anggota penguatkuasa AADK.
SALAH seorang suspek yang diperiksa anggota penguatkuasa AADK.

Menurutnya suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).

Katanya operasi yang dilaksanakan 11 anggota AADK itu dijalankan di Kampung Sembulan, Tanjung Aru, Rampayan Manggatal, Kalansanan Inanam serta di tiga kawasan perumahan.

  • oleh
  • Advertisement