Anda di sini

M. Night Shyamalan gabungkan jalan cerita lalu dalam filem baharu ‘Glass’

Advertisement
 (Dari kiri) Samuel L. Jackson, M. Night Shyamalan, Sarah Paulson dan James McAvoy semasa menghadiri tayangan perdana Eropah filem ‘Glass’ di London. — Gambar Reuters
TAYANGAN PERDANA: (Dari kiri) Samuel L. Jackson, M. Night Shyamalan, Sarah Paulson dan James McAvoy semasa menghadiri tayangan perdana Eropah filem ‘Glass’ di London. — Gambar Reuters

PENGARAH yang terkenal dengan penamat filem yang tidak dijangkakan, M. Night Shyamalan membawa sajiannya yang terkini ke London pada Rabu lepas, iaitu filem aksi buku komik ‘Glass’ – satu cerita yang menggabungkan dua filem lamanya.

Dibintangi Bruce Willis, Samuel L. Jackson dan James McAvoy, ‘Glass’ mengadunkan jalan cerita daripada filem Shyamalan ‘Unbreakable’, yang dikeluarkan pada 2000, dengan ‘Split’ terbitan 2016.

“Ia rasa banyak merenung .. bahawa watak-watak ini … berada dalam satu filem,”  kata Shyamalan, yang juga terkenal kerana ‘The Sixth Sense’ dan ‘Signs’, di tayangan perdana filem berkenaan di London.

“Ia hampir seperti saya tidak mahu membuatnya selama 15 tahun dan kemudian mula membuka minda saya untuk ‘hei, anda tahu, mari kembali kepada watak-watak tersebut dan menyelesaikan cerita-cerita tersebut’.”

Willis dan Jackson, yang sama-sama membintangi ‘Unbreakable’ – tentang seorang mangsa nahas kereta api yang terselamat dan mendapati dia memiliki adikuasa baharu – disertai di tayangan berkenaan oleh McAvoy, yang berlakon sebagai Kevin Wendell Crumb, seorang lelaki dengan pelbagai identiti, dalam ‘Split’.

Dalam filem baharu ini, Willis membawa semula wataknya sebagai pengawal keselamatan David Dunn yang memburu salah satu personaliti Crumb yang menakutkan.

Jackson pula kembali sebagai Elijah Price yang rapuh, juga dikenali sebagai Mr Glass.

“Saya selalu fikir bahawa Elijah adalah urusan yang belum selesai,” kata Jackson. “Night berjanji bahawa ia adalah sebahagian daripada satu trilogi … jadi, ini adalah penutupan.”

McAvoy melakonkan semula wataknya selain pelbagai personaliti wataknya.

“Saya amat suka sekali berlakon, jadi peluang untuk lebih banyak berlakon bukanlah perkara yang buruk,” kata pelakon dari Scotland itu.

“Membawa satu watak dalam sebuah filem boleh jadi rumit. Kita perlu membuat banyak persiapan, melakukannya 20 kali … ia umpama belajar secara intensif untuk peperiksaan yang kita lupa akan tiba.”

‘Glass’ turut dibintangi Anya Taylor-Joy, yang membawa watak Casey yang diculik bersama dua rakan sekelas oleh Crumb dalam ‘Split’, selain aktres ‘American Horror Story’ Sarah Paulson, yang berlakon sebagai seorang pakar psikiatri yang merawat tiga watak utama.

“Saya tidak membaca skripnya sebelum saya kata ‘ya’ kerana saya begitu terdesak untuk bekerja bersama Night,” katanya. — Reuters

Advertisement