Anda di sini

Tugas berat menanti Barca pada perlawanan kedua

Advertisement
 Antara babak-babak aksi perlawanan pertama Copa del Rey di antara Levante dan Barcelona di Ciutat de Valencia, Sepanyol. — Gambar Reuters
PERTEMBUNGAN: Antara babak-babak aksi perlawanan pertama Copa del Rey di antara Levante dan Barcelona di Ciutat de Valencia, Sepanyol. — Gambar Reuters

MADRID: Philippe Coutinho menjaringkan satu gol penting di tempat lawan tetapi Barcelona terpaksa bekerja keras untuk mengelak penyingkiran mengejut daripada Copa del Rey selepas mereka tewas 2-1 kepada kepada Levante kelmarin dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir.

Lionel Messi, Luis Suarez dan Marc Andre ter Stegen merupakan antara beberapa pemain penting yang direhatkan di Stadium Kota Valencia, di mana Levante mengambil kesempatan apabila Erick Cabaco dan Borja Mayoral memberikan mereka kelebihan dua mata.

Bagaimanapun Coutinho melakukan permulaan pertamanya dalam tempoh hampir sebulan, menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-85 untuk memastikan Barca masih ada cabaran menjelang pusingan kedua pada minggu depan di Camp Nou.

Selepas tidak bermain kebanyakan waktu pada November lalu kerana kecederaan, Coutinho bergelut untuk mendapatkan semula tempatnya dalam barisan kesebelasan utama yang disukai Ernesto Valverde tetapi 90 minit, dan satu gol, pasti memberikan keyakinan kepadanya.

“Apabila (Ousmane) Dembele tidak bermain, semua orang bertanya tentangnya, sekarang Coutinho tidak bermain, ia adalah sebaliknya,” kata Valverde kemudian.

“Apabila kita tidak bermain dan kita tidak gembira, kita perlu berjuang untuk mengubah keadaan.”

Valverde dipersalahkan pada musim lepas bagi penyingkiran Barca yang mengejutkan dari Liga Juara-Juara, dengan teori bahawa dia gagal untuk merehatkan pemain penting dalam Copa del Rey dan La Liga, yang mereka menangi kedua-duanya.

Dia nampak lebih suka untuk menyesuaikan diri pada musim ini apabila barisan pemain yang banyak berubah termasuk penampilan sulung bagi pemain pertahanan tengah Jeison Murillo, pemain yang dipinjam dari Valencia pada Januari ini, selain pemain muda seperti Chumi Brandariz, Juan Miranda dan Carles Alena.

Bagaimanapun ini adalah pengenalan yang sukar selepas Murillo ditewaskan untuk gol kedua Levante manakala Miranda digantikan pada waktu rehat dan Chumi menyusul 13 minit kemudian.

Barisan tiga penyerang pula lebih mantap apabila Ousmane Dembele, Malcom dan Coutinho cuba mengisi ketiadaan seorang penyerang yang diiktiraf.

Sebaliknya Levante menjaringkan gol pendahuluan selepas hanya 185 saat sahaja apabila hantaran lintang Ruben Rochina dari sebelah kiri menemui kepala Cabaco, yang naik ke atas Sergio Busquets dan menanduk bola masuk.

Barca bergelut untuk menangani keagresifan pasukan lawan dan pada minit ke-18, mereka ketinggalan dua gol.

Valverde beralih kepada pemain simpanannya dan Sergi Roberto serta Clement Lenglet dimasukkan untuk menggantikan Miranda dan Chumi manakala Denis Suarez, yang dikaitkan dengan perpindahan dari kelab itu pada bulan ini,k diberi masa 23 minit untuk mencipta kebangkitan.

Dia melaksanakan tugas itu dengan kelecekan dari sebelah kanan yang mengundang cabaran cemerkap daripada Coke. Coutinho tidak membuat sebarang kesilapan.

Terdahulu Sevilla meletakkan sebelah kaki pada peringkat suku akhir selepas mereka menang 3-1 di tempat lawan kepada Athletic Bilbao. — AFP

Advertisement