Anda di sini

Rombongan AirAsia lawat pejabat kumpulan akhbar See Hua

 Francis (dua kiri), Saibi (dua kanan) dan Ling (tiga kiri) menerima kek daripada rombongan AirAsia yang diketuai Hamdan (kiri) di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Mohammed Firdaus (kanan) dan Grace (tiga kanan).
PENGHARGAAN: Francis (dua kiri), Saibi (dua kanan) dan Ling (tiga kiri) menerima kek daripada rombongan AirAsia yang diketuai Hamdan (kiri) di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Mohammed Firdaus (kanan) dan Grace (tiga kanan).

KUCHING: Ketua Komersil Kerajaan AirAsia Berhad (AirAsia) Hamdan Mohamad semalam mengadakan lawatan ke Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News di pejabat di Bangunan Crown Towers di sini.

Ketibaan Hamdan bersama rombongannya disambut oleh Pengarang Urusan Kanan The Borneo Post dan Utusan Borneo Francis Chan, Ketua Pemberita Utusan Borneo Saibi Gi dan Editor See Hua Daily News Ling Ah Poh.

Tujuan lawatan  itu adalah  untuk menyerahkan kek sempena Tahun Baharu 2019 sebagai tanda penghargaan AirAsia atas sokongan dan kerjasama yang diberikan akhbar tempatan tersebut selama ini.

Hadir sama, Eksekutif Jualan dan Pemasaran AirAsia Berhad Mohammed Firdaus Mohamed Zaidi serta Eksekutif Jualan dan Pengedaran, Komersil AirAsia Berhad Grace Chai.