Anda di sini

Remaja mengamuk, dipercayai ugut ibu sendiri dicekup

Advertisement
 Suspek ugut ibu sendiri dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
DITANGKAP: Suspek ugut ibu sendiri dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

MIRI: Seorang remaja lelaki ditangkap polis di sebuah rumah panjang di Batu Niah dekat sini malam kelmarin selepas disyaki terlibat dengan kes mengugut ibu sendiri.

Menurut sumber, suspek, 20, berjaya ditangkap sepasukan anggota polis dari Balai Polis Batu Niah kira-kira jam 9 malam.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat selepas satu laporan polis diterima daripada seorang wanita yang dipercayai ibu suspek berusia 50-an.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin) apabila suspek dilaporkan telah mengamuk pada ibunya,” kata sumber.

Difahamkan, kejadian sama telah berlaku beberapa kali dan suspek pernah bertindak merosakkan dan memecahkan barang di dalam rumah.

“Suspek juga dipercayai kerap meminta wang daripada ibunya,” ujarnya.

Sehubungan itu, suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Advertisement