Anda di sini

MAW Bowlers 2 kukuhkan kedudukan pendahulu Liga

Advertisement
 (Dari kiri) Modtaza Amin, Zainal Abidin dan Azean Arbi mewakili MAW Bowlers 2 bersama Azlina Dahlan, Leonard Shim dan Irawan Sudarsono mewakili The Advocates sebelum perlawanan.
BERSEDIA: (Dari kiri) Modtaza Amin, Zainal Abidin dan Azean Arbi mewakili MAW Bowlers 2 bersama Azlina Dahlan, Leonard Shim dan Irawan Sudarsono mewakili The Advocates sebelum perlawanan.

KUCHING: Pasukan MAW Bowlers 2 mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Trio Megalanes Adventure World 149 & Below 8-Pin Tap dengan kemenangan besar 19-1 menewaskan The Advocates pada Isnin lalu.

Kemenangan itu meletakkan MAW Bowlers 2 dengan kelebihan 10.45 mata Peterson di hadapan pencabar terdekat, Lone Rangers yang mencatat kemenangan 12-8 ke atas Charrott Charrott 9 yang menduduki tempat keempat.

Supergirl pula naik ke tangga ketiga selepas membenam Mastermind dengan 18-2 manakala Unknown Bowlers turut memperbaiki prestasi dengan naik ke tangga kelima.

Mastermind kini jatuh ke kedudukan keenam dari ketiga manakala Putra J Bowlers naik ke kedudukan ketujuh selepas kejayaan menewaskan SK Bowlers dengan 16.5-3.5.

Dalam pada itu, tiada perubahan dicatatkan dalam perebutan anugerah kategori Individual High Game dan Individual High Series.

Modtaza Amin mewakili MAW Bowlers 2 dan Christina Rudi dari Putra J Bowlers kekal selaku pendahulu dalam Individual High Game.

Sementara itu, Rohani Lamat dari SK Bowlers dan Al-Mustain Zulkipli mewakili Charrott Charrott 9 masih menguasai kategori Individual High Series.

Lone Rangers pula di kedudukan teratas kategori Team High Game selepas mengambil alih daripada Charrott Charrott 9 turut menyaksikan Supergirl mendominasi kategori Team High Series.

Advertisement