Anda di sini

MAKSAK Sarawak tuan rumah Tenpin Boling Kebangsaan

Advertisement
 Mohamad Abu Bakar (tengah) mempergerusikan mesyuarat persediaan dan persiapan Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan di Kuching semalam.
MESYUARAT: Mohamad Abu Bakar (tengah) mempergerusikan mesyuarat persediaan dan persiapan Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan di Kuching semalam.

KUCHING:Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 24 sehingga 27 Januari ini di Megalanes Bowling  Batu Kawa dekat sini.

Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Malaysia 2019 itu merupakan anjuran MAKSAK Malaysia dikelolakan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Naib Yang Dipertua MAKSAK Sarawak, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki memberitahu dijangka 18 kelab MAKSAK Negeri dan Kelab Gabungan melibatkan seramai 288 orang peserta menyertai kejohanan itu.

Katanya, MAKSAK Malaysia memilih dan memberi kepercayaan kepada MAKSAK Sarawak menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan ini dan ia adalah acara pembuka gelanggang bagi tahun ini.

“Antara Kelab MAKSAK menyertai kejohanan ini ialah Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Selangor, Terengganu termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dan Penjara,” katanya selepas mesyuarat persediaan dan persiapan penganjuran kejohanan itu di sini semalam.

Perasmian dan penutupan serta penyampaian sijil dan hadiah dijangka dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Ghani pada 27 Januari ini.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Radin Hedly Radin Mohamad Hambali.

Advertisement