Anda di sini

Maduro angkat sumpah bagi penggal kedua

Advertisement
 Maduro (tengah) berjalan bersama Wanita Pertama Cilia Flores dan presiden Mahkamah Keadilan Agung (TSJ) Maikel Moreno (kanan) selepas mereka tiba untuk majlis mengangkat sumpah bagi penggal keduanya, di Ibu Pejabat TSJ di Caracas, Venezuela pada Khamis. — Gambar AFP
KEKAL BERKUASA: Maduro (tengah) berjalan bersama Wanita Pertama Cilia Flores dan presiden Mahkamah Keadilan Agung (TSJ) Maikel Moreno (kanan) selepas mereka tiba untuk majlis mengangkat sumpah bagi penggal keduanya, di Ibu Pejabat TSJ di Caracas, Venezuela pada Khamis. — Gambar AFP

CARACAS: Presiden Vene-zuela Nicolas Maduro me-mulakan penggal kedua jawatan beliau pada Khamis selepas mengangkat sumpah di mahkamah agung negara itu dalam satu upacara yang turut dihadiri oleh pemimpin dan delegasi dari 94 negara selain wakil OPEC serta Kesatuan Afrika.

Pertubuhan serantau Ame-rika UNASUR, Caricom dan CELAC turut menghadiri upacara itu.

Maduro telah berikrar bahawa beliau komited untuk “mempromosi perubahan yang perlu dilakukan di Vene-zuela, mempertahan hak untuk keamanan dan menghormati Perlembagaan.”

Pada 20 Mei tahun lepas, Maduro telah dipilih semula sebagai Presiden Venezuela selepas memperoleh 67.7 peratus undi.

Maduro memulakan ucapan perdana beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dunia dan wakil lebih 94 negara yang menghadiri upacara itu, sekali gus menentang percubaan Amerika Syarikat (AS) untuk memencilkan negara itu.

“Perlembagaan Bolivarian kami adalah satu ungkapan keamanan dan rakyat,” kata Maduro kepada pemimpin dunia dan wakil terbabit serta para pegawai kanan Venezuela yang menghadiri upacara itu.

Pelantikan itu dibuat di te-ngah-tengah ancaman campur tangan ketenteraan dan kudeta terhadap kerajaan progresif itu oleh AS dan sekutunya di Amerika Latin.

Mandat baharu Maduro turut diberikan meskipun perang ekonomi telah dilancarkan terhadap kerajaan Maduro oleh AS dan sekutu Eropahnya menggunakan sekatan ekonomi.

“Venezuela adalah sebuah pusat perang global yang dilancarkan oleh imperialisme AS dan negara satelit mereka,” kata Maduro kepada orang ramai ketika mengulas serangan serta campur tangan oleh AS dan sekutunya.

Sehari sebelum itu, Maduro memberi amaran bahawa negaranya berdepan percubaan rampasan kuasa yang diarah oleh pentadbiran Presiden Donald Trump dan Kumpulan Lima, sebuah pertubuhan anti-Venezuela yang ditubuhkan pada 2016 dan membabitkan 14 negara Amerika yang dipimpin oleh kerajaan sayap kanan.

“Sayap kanan Venezuela telah menjejaskan politik Ame-rika Latin, kita boleh lihat perkara itu dalam pilihan raya fasis Bolsonaro di Brazil,” katanya pada Khamis selepas mengangkat sumpah jawatan, dan menambah bahawa  “Ve-nezuela mempunyai demokrasi yang utuh, jadi sebarang masalah akan ditangani oleh rakyat Venezuela tanpa campur tangan mana-mana negara.”

Kerajaan sayap kanan di Amerika Latin telah me-mulakan serangan mereka ke atas kerajaan Maduro yang baharu dilantik apabila Presiden Paraguay Mario Abdo Benítez mengumumkan pada Khamis, sejurus selepas Maduro mengangkat sumpah jawatan, bahawa negara itu akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Venezuela.

Abdo Benitez turut meng-umumkan bahawa kedutaan negara itu akan ditutup dan kakitangan diplomatik akan ditarik balik. — Bernama

Advertisement