Anda di sini

Lagi barang curi dijumpai di Limbang

Advertisement
Enjin bot yang ditemui di sebuah rumah di Kampung Baru Kuala Berawan pada Jumaat.

LIMBANG: Polis Limbang berjaya menjumpai semula beberapa barangan disyaki curi di beberapa lokasi di sini susulan penangkapan dua lelaki pada hujung Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata polis menemukan dua buah enjin sangkut di sebuah rumah di Kampung Baru Kuala Berawan pada Jumaat hasil pandu arah oleh suspek.

"Bertindak atas maklumat kedua suspek yang ditahan sebelum ini, kita menemukan dua buah enjin sangkut itu semalam sekitar pukul 3.08 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis juga melakukan empat siri rampasan barang kes di sekitar kawasan Limbang hasil maklumat suspek berkenaan.

"Sebelum itu, polis juga menemui tujuh lagi barangan disyaki curi pada Khamis dalam operasi sekitar 4 hingga 6 petang di sekitar bandar ini.

"Antara barangan yang dirampas adalah dua buah telefon bimbit, satu unit kamera digital, dua unit pembesar suara, satu unit papan damak dan sebuah kipas meja," ujarnya lagi.

Jelasnya, sekurang-kurangnya lima individu berjaya ditahan berhubung empat kes kecurian termasuk tiga kes pecah rumah dan  satu kes curi komponen kereta yang dilaporkan berlaku di sini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement