Anda di sini

JTS berjaya patah aktiviti pindah bahan batuan tanpa kelulusan

 Jentera berat yang disita sebagai bahan bukti.
SITA: Jentera berat yang disita sebagai bahan bukti.

KUCHING: Unit Penguat Kuasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) berjaya mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan di bahagian ini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, lapan jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.

Aktiviti tersebut berjaya dikesan hasil rondaan yang dilaksanakan.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan atau pemindahan bahan batuan dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

Orang ramai juga digalak untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada JTS melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999.