Anda di sini

EPL: Pogba akan diturunkan untuk aksi hujung minggi ini

Advertisement
POGBA
POGBA

MANCHESTER: Paul Pogba dijangka sudah pulih daripada kecederaan untuk bermain semula dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Tottenham pada hujung minggu ini, kata pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer kelmarin.

Pemain tengah Perancis itu lewat menyertai rakan sepasukannya untuk kem latihan cuaca panas di Dubai pada minggu ini selepas cedera setelah diasak oleh Jonjo Shelvey dalam kemenangan 2-0 di Newcastle pada 2 Januari.

Pogba tidak bermain dalam kemenangan 2-0 ke atas Reading dalam Piala FA pada Sabtu lepas disebabkan oleh kecederaan itu, tetapi berlatih dengan baik di Emiriah Arab Bersatu, menurut Solskjaer.

“Dia kelihatan OK pada hujungnya, jadi dia akan cergas. Dia ada beberapa masalah tetapi dia menjalankan beberapa sesi terakhir dengan baik, jadi dia dijangka OK,” kata pengurus dari Norway itu.

Solskjaer melakukan permulaan sempurna selaku jurulatih MU sejak menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada 19 Disember lalu, dengan memenangi setiap daripada lima perlawanan pertamanya selaku pengendali.

Bekas penyerang MU itu, yang dipinjamkan daripada kelab Molde di Norway sehingga akhir musim, sudah menjelaskan sejak dia kembali ke Old Trafford bahawa dia ingin sekali memegang jawatan pengurus secara tetap.

Bagaimanapun, penentangnya esok (Ahad), ketua jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino, dipercayai ramai pemerhati adalah orang paling berkemungkinan untuk menerima jawatan di MU itu.

Solskjaer memuji pengurus dari Argentina itu dan mewajarkan laporan tersebut.

“Dia telah menjalankan tugas yang sangat baik. Spekulasi itu ada kerana satu sebab – kerana dia telah melakukan kerja dengan baik – tetapi ia bukan kerja saya untuk menaraf pengurus. Fokus saya adalah keapda diri saya sendiri dan pasukan saya.”

Bagaimanapun pengurus sementara itu menolak idea bahawa perlawanan ini adalah cabaran serius yang pertamanya selaku pengendali MU, ekoran kemenangan ke atas Cardiff, Huddersfield, Bournemouth, Newcastle dan Reading.

“Kami ada ujian. Bermain di Newcastle adalah satu ujian dan perlawanan pertama adalah satu ujian bagi reaksi semua orang. Perlawanan pertama di stadium sendiri bersama penyokong adalah satu ujian,” katanya.

“Kami tidak akan memperolehi peluang yang banyak untuk menyerang dalam perlawanan menentang pasukan ini seperti sebelum ini, jadi apabila kami ada bola, kami perlu bersedia untuk bermain baik dengannya dan kami perlu menggunakan seluruh padang kerana Wembley adalah padang dengan saiz yang baik juga,” ujarnya.

Salah satu ujian terbesar MU adalah mengekang ancaman penyerang Tottenham, Harry Kane, penjaring terbanyak bersama dalam EPL pada musim ini, dengan 14 gol.

“Dia tidak teruk kan? Dia adalah penjaring gol yang hebat dan antara yang terbaik di dunia, tetapi saya ada beberapa penjaring yang saya gembira untuk bekerja dengan mereka,” kata Solskjaer.

“Dia seorang pemain profesional yang terkemuka. Sememangnya, sesiapa sahaja yang bermain bersamanya dan berlatih bersamanya dapat bercakap lebih banyak mengenainya, tetapi dari luar, dia seorang penyerang yang hebat,” — AFP

Advertisement