Anda di sini

Bomba Lopeng kendali ceramah keselamatan kebakaran di ILP, IKBN

Advertisement
 Para pelajar IKBN Miri turut didedahkan mengenai cara menyelamatkan mangsa ketika berlaku kebakaran.
PENGETAHUAN: Para pelajar IKBN Miri turut didedahkan mengenai cara menyelamatkan mangsa ketika berlaku kebakaran.
 Para pelajar turut diberikan penerangan dan demontrasi memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
DEMONSTRASI: Para pelajar turut diberikan penerangan dan demontrasi memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.

SERAMAI 100 pelajar baharu sesi 1/2019 Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri menghadiri ceramah keselamatan kebakaran sempena Minggu Silaturahim (MSR) di Miri, baru-baru ini.

Ceramah berkenaan telah dikendalikan lapan anggota bomba dari Balai  Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng yang diketuai Penguasa Bomba Kanan II Nasir.

Para pelajar terbabit diberikan penerangan mengenai keselamatan kebakaran dan demonstrasi pemadaman api.

Selain ceramah dan demonstrasi, para pelajar berkenaan turut diberikan latihan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api serta tatacara menggunakan saluran bantu mula.

Sementara itu, turut mengadakan ceramah yang sama ialah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang melibatkan 68 pelajar baharu mendaftar sempena Program Minggu Paradigm sesi 1/2019.

Ceramah telah disampaikan Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Terry Robson dengan dibantu tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

Para pelajar terbabit juga diberikan latihan praktikal menyelamatkan mangsa dan juga latihan pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Kedua-dua latihan berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran dan mempersiapkan para pelajar untuk bersiap sedia ketika berlakunya kecemasan kebakaran.

Advertisement