Anda di sini

Boling: Strike Hunter II pintas Badnews

 Strike Hunter II meraih kemenangan selepas pemainnya (dari kiri) Yusralina Yusof, Salehah Saleh dan Zaiwisman Zamali beraksi cemerlang.
RAIH KEMENANGAN: Strike Hunter II meraih kemenangan selepas pemainnya (dari kiri) Yusralina Yusof, Salehah Saleh dan Zaiwisman Zamali beraksi cemerlang.

KUCHING: Strike Hunter II memintas Badnews sebagai pendahulu Liga Trio Megalanes Sarawak 155 & Ke bawah susulan kemenangan selesa 13-7 pada Isnin lalu.

Kekalahan itu menjatuhkan Badnews ke kedudukan ketiga manakala Strike Hunter kekal di tangga kedua meskipun tewas 7-13 kepada Strike Enemy yang naik ke kedudukan keempat.

Turut mencuri tumpuan pada minggu ini kejayaan bergaya SB3 Bowlers yang membelasah Isketambola dengan 18-2.

Kemenangan berharga itu melonjakkan SB3 Bowlers ke kedudukan kelima, suntikan moral selepas sebelumnya menghuni tangga kelapan.

Dalam pada itu, Muhd Qazi Azizi dari Badnews dan Muhd Khairie Sulaiman mewakili Isketambola masih mendominasi anugerah kategori Individual High Game.

Kategori Individual High Series pula dikuasai Fairul Hashikin juga dari Badnews dan Yusralina Yusof mewakili Strike Hunter II.

Tidak ketinggalan perebutan kategori Team High Game yang masih dikuasai Strike Hunter dan Isketambola.

Kedua pasukan itu juga mendominasi kategori Team High Series.