Anda di sini

Bapa mengaku tidak bersalah cabul anak kandung

 Seorang lelaki berusia 38 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 14 tahun, pada tahun lepas di Ipoh. — Gambar Bernama
CABUL: Seorang lelaki berusia 38 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 14 tahun, pada tahun lepas di Ipoh. — Gambar Bernama

IPOH: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 14 tahun, pada tahun lepas.

Tertuduh, yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Lelaki yang bekerja kampung itu didakwa melakukan pencabulan itu ke atas mangsa yang ketika kejadian berumur 13 tahun empat bulan di Jalan Malim Nawar dekat Kampar di sini, Julai 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan dan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh manakala peguam S. Teeban pula memohon tertuduh dibenarkan ikan jamin.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Febuari ini untuk sebutan semula kes. — Bernama