Anda di sini

Bank Dunia umum proses pemilihan presiden seterusnya

Advertisement
 Kim ketika berucap di Persidangan Global Ke-21 Institut Milken di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada 1 Mei 2018. — Gambar Reuters
LETAK JAWATAN: Kim ketika berucap di Persidangan Global Ke-21 Institut Milken di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada 1 Mei 2018. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Bank Du-nia pada Khamis telah menggariskan proses pemilihan presiden seterusnya bagi menggantikan Jim Yong Kim, yang tiba-tiba mengumumkan pengunduran awal dari bank pembangunan pelbagai hala itu awal minggu ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan badan dunia itu.

Susulan satu mesyuarat pada Rabu, lembaga pengarah eksekutif Bank Dunia mengesahkan komitmennya kepada proses pemilihan yang “terbuka, berdasarkan merit dan telus,” menurut Bank Dunia.

“Pengarah Eksekutif bersetuju bahawa calon harus komited terhadap pelaksanaan Forward Look dan perjanjian pakej modal sebagaimana yang disebut dalam Sustainable Financing for Sustainable Deve-lopment Paper,” menurut kenyataan itu.

Calon harus memenuhi beberapa kriteria penting, termasuk rekod prestasi kepimpinan, pengalaman dalam menguruskan orga-nisasi besar dengan pende-dahan antarabangsa, dan komitmen tegas serta penghargaan terhadap kerjasama pelbagai hala, menurut Bank Dunia.

Bank itu berkata pencalonan untuk presiden seterusnya hendaklah dikemukakan antara 7 Februari dan 14 Mac, dan pengarah eksekutif akan memutuskan senarai pendek tiga calon.

“Temu bual rasmi oleh Pengarah Eksekutif akan dijalankan untuk semua calon yang disenarai pendek dengan jangkaan memilih Presiden baharu sebelum Mesyuarat Musim Bunga pada April,” kata bank itu.

Kim pada Isnin meng-umumkan bahawa beliau akan berundur daripada jawatannya di Bank Dunia berkuat kuasa 1 Februari, tiga tahun lebih awal daripada tempoh penggal keduanya sebagai presiden institusi pembiayaan antarabangsa itu berakhir iaitu pada 2022.

Kim menjadi presiden ke-12 Bank Dunia pada 1 Julai 2012.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai presiden institusi akademik Amerika Syarikat yang terkenal iaitu Kolej Dartmouth.

Global Infrastructure Partners (GIP), pelabur infrastruktur global yang berpangkalan di New York, pada Selasa telah mengesahkan bahawa Kim akan menjadi rakan kongsi dan naib pengerusi GIP mulai 1 Februari. — Bernama

Advertisement