Anda di sini

Austria dijejas penurunan salji tebal

Advertisement
 Sebuah tanda jalan yang menyebut ‘bahaya salji runtuh’ terpacak di sebuah lebuh yang diliputi salji di Vordernberg, Austria pada Khamis. — Gambar AFP
SALJI TEBAL: Sebuah tanda jalan yang menyebut ‘bahaya salji runtuh’ terpacak di sebuah lebuh yang diliputi salji di Vordernberg, Austria pada Khamis. — Gambar AFP

VIENNA: Penurunan salji tebal telah melanda beberapa bahagian besar di Austria, menutup beberapa stesen meluncur salji dan menangguhkan penghantaran garam jalan yang diperlukan bagi membersihkan jalan raya yang terhalang.

Bahagian barat dan tengah negara telah diselaputi salji setebal tiga meter, memutus-kan beberapa kawasan.

“Kami hanya menyatakan secara statistik... bahawa kuantiti salji sebegitu meng-atasi ketinggian 800 meter hanya berlaku sekali pada setiap 30 hingga 100 tahun,” kata Alexander Radlherr dari Central Institution for Meteo-rology and Geodynamics di Austria pada Khamis.

Ketika permintaan untuk garam jalan telah bertambah, terdapat “masalah besar dalam mengatur penghantaran” disebabkan oleh beberapa penutupan jalan raya, seorang jurucakap bagi pihak pengeluar garam, syarikat Salinen Austria, memberitahu agensi APA.

Sebagai tambahan, sebahagian daripada 500 pekerja  syarikat tidak dapat sampai ke ibu pejabatnya di wilayah pergunungan Salzkammergut.  

Beberapa stesen meluncur salji di wilayah-wilayah se-perti Styria, Upper dan Lower Austria terpaksa ditutup, kerana bimbang berlakunya runtuhan  salji, pokok-pokok yang tumbang akibat salji yang memberat, atau telah terputus dari rangkaian bekalan elektrik.

Sebahagian daripada negara berada dalam paras amaran runtuhan salji yang tertinggi, dengan tujuh peluncur salji dan pendaki berkasut salji telah meninggal dunia sejak Sabtu lepas dan dua pendaki hilang.

Kebanyakan mangsa terkorban dalam kejadian runtuhan salji namun perkhidmatan kecemasan menyatakan dua daripada mereka telah terjatuh ke dalam hanyutan salji yang tebal dan mengalami kesesakan nafas.

Beratus-ratus anggota ten-tera dan bomba telah be-kerjasama dengan beberapa kakitangan awam lain dan anggota sukarelawan bagi membersihkan jalan dan bumbung yang ditimbus dalam penurunan salji.

Brigadier Anton Waldner, komander tentera bagi wilayah Salzburg, memberitahu AFP  bahawa pengecualian untuk penurunan salji pada tahun ini telah menyebabkan anggotanya berada dalam “situasi yang sukar”, ketika pihak tentera berusaha untuk membersihkan salji dari atas bumbung sebuah sekolah di pekan Lungoetz  dalam blok besar setinggi dua meter.

Pasukan tenteranya telah melakukan tujuh operasi sebegini dan 300 orang telah berada dalam keadaan bersedia, jelas Waldner.

Sementara itu sektor pelancongan di negara ini turut merasai kesejukan tersebut.

“Kami adalah 50 peratus menurun dari segi tempahan jangka pendek kami,” kata Petra Nocker-Schwarzenbacher, ketua bagi pelanco-ngan dalam dewan perniagaan Austria.

“Semua orang sedang memerhati keadaan cuaca,” kata beliau lagi. — AFP

Advertisement