Anda di sini

AMANAH Sarawak Cawangan Kuala Rajang sumbang keperluan sekolah

Advertisement
 Adris (dua kanan) menyampaikan sumbangan persekolahan kepada salah seorang pelajar baru-baru ini.
BANTU: Adris (dua kanan) menyampaikan sumbangan persekolahan kepada salah seorang pelajar baru-baru ini.

KUCHING: Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak  Cawangan Kuala Rajang mengambil inisiatif untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dengan menyumbang keperluan sekolah baru-baru ini.

 Ketua Cawangannya Adris Subeli berkata, pihaknya mengadakan program tersebut bagi mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membeli barang keperluan persekolahan.

“Alhamdulillah, walaupun musim persekolahan telah bermula, tetapi kami tetap menjalankan program sedemikian khususnya kepada pelajar yang tidak menerima sebarang bantuan daripada pelbagai pihak sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 Justeru, beliau berharap program tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa tanpa perlu menunggu musim persekolahan bermula pada awal tahun.

Kata Adris, ini kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak berkemampuan terutama yang memiliki anak ramai untuk membeli atau menukar kelengkapan anak-anak yang lain.

“Insya-Allah, kami akan meneruskan misi yang murni ini bukan sahaja pada permulaan musim persekolahan,” ujarnya.

 Menurutnya lagi, dengan program seumpama itu akan dapat meringankan beban ibu bapa atau keluarga yang memiliki anak yang ramai untuk ke sekolah.

“Sokongan daripada rakan-rakan dalam parti dan pemimpin negeri telah memudahkan program ini dilaksanakan dengan jaya,” jelasnya.

Advertisement