Anda di sini

60 peserta dari enam pasukan beraksi pada Futsal Komrado Persahabatan Belia

Advertisement
 Zaini menyampaikan hadiah kepada wakil-wakil pasukan menyertai perlawanan Futsal Komrado Persahabatan Belia di Kuching.
TAHNIAH: Zaini menyampaikan hadiah kepada wakil-wakil pasukan menyertai perlawanan Futsal Komrado Persahabatan Belia di Kuching.

KUCHING: Seramai 60 orang peserta daripada enam pasukan menyertai perlawanan Futsal Komrado Persahabatan Belia di Gelanggan Futsal Kampung Samariang Batu di sini pada akhir Disember lalu.

Perlawanan futsal anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama Belia KASBA (Kampung Samariang Batu) mendapat sambutan menggalakkan kalangan anak-anak muda sekitar Bandara raya Kuching.

Perasmian perlawanan itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Zaini Abdul Aziz diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM, Mohammad Fazril Mohd Saleh dan Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak, Mohd Raufa Imran Abd Rauf.

Hadir sama Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samariang Sulhie Salleh, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam (PERKEPIS) Sarawak Muhd Zhariff Azhari, Penyelaras Program, Muhd Izzul Zikri Khasri, Ketua Pemuda KASBA A, Jamil Mieso dan Pengerusi Masjid Nurul Khair, Mahathir Fatimah.

Program memasuki edisi kedua itu diadakan sebagai usaha ABIM menggalakkan golongan muda menjalani gaya hidup sihat serta mengasah bakat-bakat mereka dalam bidang sukan itu.

Ia juga bagi mengisi masa terluang kalangan belia dengan aktiviti faedah selain mengajak mereka mengikuti kegiatan sukarelawan dan kemasyarakatan khususnya program disediakan oleh ABIM.

Pada kejohanan itu, pasukan KASBA B muncul juara setelah menewaskan pasukan Asyraf dari ABIM Sarawak dengan 1-0.

Semua pemenang dan peserta menerima hadiah berupa hamper daripada penganjur.

Advertisement